Buku Kartun Dan Kartunis Di Malaysia Karya Prof. Dr. MuliyadiMahamood.
Asal usul kartun, komik, dan animasi Malaysia semua berasaskan KRITIKAN SOSIAL. Kalau menonton Ejen Ali, ada kritikan dalam tu. Kalau baca komik karya pelukis lain semua ada unsur kritikan. Orang yang ambil cakna akan nampak kritikan tu. Bukan sekadar baca dan gelak.
Ni baru satu page je yang aku ambil dari buku ni
Termasuklah dalam karya pelukis kartun Lat, korang wajib kenal kan? Dalam karya dia pun ada unsur kritikan. Ataupun korang boleh pergi ke Rumah Kartun. Wajib aku sarankan pada orang yang mengakui dirinya pencinta seni dan kartun untuk pergi. Korang boleh klik link sini untuk tengok macam mana keadaan rumah kartun tu.
Dulu aku sekadar baca komik,dan gelak. Agungkan mangaka sampai membelakangkan kehebatan pelukis2 kartun tempatan. Tapi dari Rumah Kartun aku mula sedar dan mula mengkaji sendiri. Sekarang aku dah mengkaji hampir 10 bulan dan masih mengkaji lagi. Terlalu banyak sejarah aku tak tahu lagi tentang kartun Malaysia.

Kita boleh kata kita kenal dan friends dalam facebook dengan ramai pelukis tempatan yang hebat tapi sejauh mana kita ambil peluang untuk kutip ilmu dari mereka tu? Ke kita cuma sekadar menumpang populariti dia tanpa kita usaha sendiri? Pelukis kartun tempatan memperjuangkan genre traditional Melayu dan berbentuk budaya melayu. Tapi kita menjatuhkan pelukis generasi muda yang tengah usaha meneruskan legasi kartun Malaysia dan masih mengharapkan yang legend semata.
Yang legend pun ada tamat tempohnya. Kalau legend dah tak ada dan tiada pelapis, memang industri ni tamat. Semua orang dalam industri ni tengah mempertahankan walaupun tiada ganjaran yang dapat dan tindakan ini yang orang labelkan syok sendiri. Tindakan syok sendiri ni yang tengah usaha mempertahankan kartun dengan tindakan bukan dengan kata2 semata. Mereka buat dan membuktikan dengan tindakan.
Yang tukang mengkritik, apa yang kamu dah salurkan untuk industri? Kritik tanpa tindakan ialah sia-sia. Pada masa yang sama mengagungkan industri luar negara. Kalau engkau berjiwa sayangkan industri ni, engkau akan mula bertindak dengan karya. Yang membangkitkan Melayu tu Melayu. Yang saling menjatuhkan tu pun Melayu. Memang layu la bangsa ni. (sorry to say lah). Dalam dunia bisnes pun melayu pun saling nak menjatuhkan antara satu sama lain sebab iri hati.
Jangan ingat kau berkerja dalam industri (bukan semua terutama pelapis muda) ni ke, atau peminat animasi tempatan ke dah bermakna kau dah tau asal usul kartun Malaysia. Selagi engkau tak menjalankan kajian, jangan engkau mengaku engkau tahu. Sebab aku yang tengah mengkaji ni pun tak ada kata aku tahu semua, sebab tempoh mengkaji perlukan masa. Aku masa jadi layout artist dulu pun aku jahil sejarah asal usul kartun Malaysia.
Yang aku tahu, aku bangga boleh melukis tapi kosong ilmu sejarah aliran kerja yang aku buat. Ibarat separuh tin kosong ( kenapa separuh? sebab aku boleh melukis dalam bidang ni. haha) Kesimpulan yang aku nak sampaikan sebenarnya, kritikan melalui komik dan penulisan sama sahaja cuma yang membezakan ialah medium yang digunakan. Ada orang suka membebel panjang lebar untuk menerangkan sesuatu perkara ( macam aku membebel dalam blog ni la! ).
Dan ada orang yang jenis ringkas, kritik pakai komik. Mudah, ringkas dan padat (macam aku juga! haha). Baru orang nak hadam ilmu tu. Jangan hanya sebab kita guna medium kritikan yang berbeza, engkau nak lekeh orang lain sedangkan engkau kritik orang lain bertalu2 dalam penulisan. Apa bezanya? Point kritikan sama. Yang membezakan cuma medium. Engkau jenis rumit dan aku jenis ringkas.

Tak kiralah engkau pakai medium apa pun untuk kritik atau sebarkan seni, kena belajar untuk menghormati medium yang digunakan oleh pelukis yang lain. Tiada betul tiada salah sebab setiap pelukis tahu matlamatnya dan matlamat setiap pelukis berbeza. Hormatkan perbezaan. Baru hidup engkau tenang.
p/s : Blog ni pun dicipta untuk senangkan aku untuk ingat semua memori dan ilmu aku. kalau nak mencari dalam fb jenuh dan tak semua orang suka dengan status panjang lebar. So cara yang selamat, blog dicipta, siapa yang nak masuk, dia masuk tiada halangan tapi hati kena sado la. Sebab aku suka menulis dengan fakta bukan emosi
0 komen:
Post a Comment