Rumah Kartun & Komik Malaysia

Aku tak tau pagi ni tetiba buat keputusan ajak suami pergi Rumah Kartun & Komik Malaysia di Kuala Lumpur. Sebelum ni kami pernah pergi cuma masa tu rezeki tak menyebelahi kami sbb tutup.

Kali kedua ni Alhamdulillah memang rezeki menyebelahi aku. Masuk sana dgn bayaran cuma rm5 seorang! Campur dgn laki aku total rm10 sahaja. Niat asal aku nak pergi sebenarnya nak dapatkan rujukan karikatur dari otai2.


Sempat selfie dgn salah satu karya karikatur



Salah satu karya lukisan karikatur


Siapa je yg tak kenal hasil karya pelukis Lat kan? :)

 Aku dah tak ingat pulak nama pelukis dua gambar ni tp yg pasti karya ni serius da dihasilkan berpuluh tahun dulu. Pelukisnya guna mix media (pensil warna dan water color). Cantik kan? :)

Dekat Rumah Kartun & Komik Malaysia ni ada buat kelas melukis tau! Dgn yuran rm150. Kelas setiap Sabtu atau Ahad.

Sambil tgk2 karya di sini, terserempak dgn pelukis karikaturis otai, abang Tazidi. Sempat jgk la Abg Tazidi turunkan ilmu melukis karikatur secara percuma dekat junior yg sorg ni. Korg2 jgn jeles pulak tau 😙

Haa masa ni la Abg Tazidi tgh turunkan ilmu tunjuk ajar dia! Simple tp bole dpt byk duit. Duit masyuk kalau kena cara


Last before balik! Terima kasih abg Tazidi!

Serius masih terlalu byk benda yg aku kena belajar dalam dunia industri karikatur ni. Hope bole la jd setanding depa nanti. Amin.
Category: 0 komen

0 komen:

Post a Comment