Sangkut Beraya

Kekadang nak tergelak tengok ragam netizen. Pantang boleh keluar walaupun bersyarat, maka berduyun2 rakyat yang balik kampung (bukan berlainan negeri). Ke sana ke sini bak kata Perdana Menteri

Yang dibenarkan datang beraya cumalah pada hari raya pertama tapi pada hari raya pertama, ada golongan yang buat macam balik kampung. Sekarang ada beberapa kes aku nampak waktu dari hari raya ke dua, ada pihak polis da mula serbu rumah yang mana ada ramai orang ataupun kenderaan.

Bapak saudara aku pun tak bagi aku mai sebab semalam aku cakap nak mai beraya. Hahaha! Dasar lupa diri sat. Kalau kena tahan tu, tak silap aku kompoun dia bernilai RM1000!

Kerja kat event pun tak dapat, duit masuk pun sendu, kalau kena kompoun, bungkus kami laki bini nak mencekau duit. Tapi aku tak sure lak siapa yang akan kena kompoun, tuan rumah sahaja atau tuan rumah dan tetamu sekali?


0 komen:

Post a Comment