Aku singkatkan la cerita selepas berbuka dan solat dirumah cikgu tu, cikgu tu bagi aku melukis dekat Ipad dia. But aku tak tau ipad generasi ke berapa sebab aku tengok semua sama.
So for the first time aku main app Autodesk. Serius sebelum ni aku cuma melukis menggunakan Paint Tool Sai dan Photoshop. Tu pun aku bersara dah 2 tahun sebab tak tahan dengan cahaya silau dari laptop. Tapi bila melukis dari ipad, mata aku senang nak adapt jugak.
Ok ni hasilnya aku melukis dalam sejam lebih. Actually aku tak tau nak lukis apa. Without rujukan maka jadilah lukisan yang rosak ni. Kahkahkahkah.
Then aku post hasil ni dalam fb, dan kebetulan bos company aku nampak, tetiba dia tanya aku perlukan Ipad tak untuk buat kerja company? aku macam what? Oh ye, aku dan suami dah berkerja dalam satu company baru. Tak silap dah 2 bulan. Job skop aku buat komik untuk company
And yeah, bos aku bagi aku guna Ipad company dengan syarat aku kena jaga dengan baik.
Alang2 dah dapat ipad, aku try berlatih cuma tak ada rezeki untuk guna procreate lagi. Yang ada cuma Autodesk Sketchbook. Slow2 je lah aku berlatih untuk faham brush dan semua punya setting. Agak stress jugak pada awalnya sebab aku bukan jenis suka layan setting semua ni tapi pada masa yang sama aku leka jugalah
Ni lah hasilnya setelah 2-3 hari aku fokus secara on off. Nak buat potret tapi terjadi illustration, hahaha. Aku buat cincai je. Dah macam lukisan chinese style pulak
Dan suami aku mula kata stroke aku tak kiralah illustration digital or traditional macam stroke chinese, ye ke korang? aku sendiri tak perasan hahahaha
0 komen:
Post a Comment