Alhamdulillah hari ni genap 3 tahun hari ulang tahun perkahwinan kami. Siapa tahu kan, orang yang pernah aku ajak kahwin secara spontan dulu tiba-tiba jadi jodoh.
Kebetulan dulu masa aku ajak laki aku kahwin, dia tengah frust kena tinggal. So aku cubalah nasib. Tapi tak sangka diterima. Tu pun selepas dia berbincang dan mintak pandangan pada beberapa orang yang dia kenal, baru dia terima. Kalau tak, jenis dia nak setia pada yang lama sampai 11 tahun lamanya.
Aku dengan suami ikutkan dah lama kenal dalam fb. Sejak Oktober 2013. Cuma masa tu kami tak pernah rapat dan dia masih dengan ex dia lagi. Tapi tu la, kalau Allah takdirkan bukan jodoh, memang bukan jodoh la kan dan begitu juga bila Allah yang dah tentukan bersama. Dia pun dah ready, dan aku pun kebetulan dah ready walaupun masa tu tiada sesiapa so why not kan? Dengan aku pun jenis dah penat nak tunggu lelama lagi2 bila kita dah ready. Hahaha
Nak berjodoh tak semestinya kena bercinta lelama kan?😙
0 komen:
Post a Comment