Last year, aku pernah cakap dekat laki aku
" Nana nak berhenti lah! Penat! Penat dengan nak belajar kelas animasi 3d lagi, kerja kejar commission lagi, nak siapkan projek komik lagi dengan buat kelas mengajar online lagi. Ditambah lak dengan kelas usahawan ni! Stress tau! ".
Dan masa tu berulanglah laki aku duk nasihatkan SABAR.
Dan ini hari ialah harinya... hari GRADUASI GROW & PUM 2021
Amenda GROW dan PUM ni? Nama panjang untuk PUM ni ialah Program Usahawan Mahasiswa dan GROW aku tak tahu nama panjangnya sebab aku cuma pelajar PUM. Perbezaan GROW dan PUM ni setahu aku GROW untuk orang yang dah lama ada bisnes dan PUM untuk para newbie dalam dunia usahawan ni
Sebelum mula majlis graduasi, para peserta diberi tapak booth untuk mempersembahkan produk yang dibuat dan dijual oleh setiap peserta. Dan yang tukang interview waktu ni ialah dari Dato' Mahmud Abbas, Ketua Pegawai Eksekutif PKNS.
Dah lah gemuruh, booth aku pulak jadi booth yang pertama diinterview. Aku rasa kepala lutut aku pun dah hilang entah ke mana. Masa ni aku jawab hentam sajalah. Asalkan lepas. Hahaha.
Gemuruh teruk mana pun, tak lupa juga aku buat hadiah khas untuk Dato ni. Sampai member aku duk kata kat aku, sempoi betul aku panggil Dato tu untuk bagi hadiah ni. Bukan apa, aku takut lupa je.

Ni masa dah masuk dewan dan waktu menerima sijil. Fuh silau mata tengok lighting dari kamera dslr tu semua.
Aku ingatkan lepas ambil satu sijil tu, aku bolehlah makan dengan tenang. Maklumlah tak sempat nak sarapan lagi. Tiba-tiba member semeja duk kata "Nana! Kau dapat 99%. Tinggi wo!"
Aku yang nombr 4 tu. Aku ingat sekadar dapat 99% tu sahaja! Aku baru nak lega, sekali nama aku dipanggil semula ke atas pentas untuk Anugerah Prestasi Terbaik. Gila tak terkejut beruk aku!
Saya menang motor! Eh tak tak... Cuma trophy tapi trophy tu ada nilai yang bermakna untuk newbie macam aku ni.
Barisan belakang tu semua peserta PUM. Tengok, comel tak size aku tu? Kehkehkeh
Awal2 kelas ni dulu kemain ramai yang masuk, tapi makin nak ke penghujung makin ramai yang keluar dan alhamdulillah stress mana pn aku, aku berjaya habiskan. Nasib tak mental. Hahahaa
Alhamdulillah atas berkat sabar selama 6 bulan untuk kelas ni, dapat juga merasa pegang trophy dan coklat tu. Jujur aku tak pernah dapat pegang trophy tu selain waktu tadika. Haaa 20 tahun lebih aku tak merasa pegang trophy. Syukur Allah bagi pengalaman manis. Pembukaaan tahun baru yang sangat positif. Semoga seorang Nana ni akan lebih sukses dan mampu memberi banyak manfaat pada orang lain. Amin.
0 komen:
Post a Comment