Bila kita berkerja dengan majikan semestinya tak boleh lari dari kerja shift atau lebih masa. Nak tak nak kena teruskan sebab duit walaupun benda biasa waktu malam akan di ganggu dengan benda mistik ni.
Aku ingat zaman waktu kerja dulu je aku merasa benda ni. Siap kena main pasang tutup air dalam toilet walhal pukul 1 pagi dan tiada sesiapa kat dalam toilet tu.
Cuma di Giatmara nilah ada juga terkena cuma tak teruk macam di tempat kerja lama. Cuma dapat rasa kehadiran depa je.
Mula-mula dulu aku ingat aku meremang sebab tak ada apa-apa. Sekali pengurus bagitahu memang ada benda mistik di dalam kelas animasi. Setakat ni Cikmas sajalah yang pernah kena kacau dengan cara bukak tutup pintu waktu senja macam tu lah. Dan dalam kelas tu memang tingkap semua bertutup. Mana datang angin untuk tutup pintu
Gurau simple2 tak apa. Jangan macam dalam cerita hantu tu. Mau kosong kelas animasi tu. Hahahahahaah
0 komen:
Post a Comment