Proses watak Teja

Kito : Sayang, jom hantar komik kat majalah Sempoi. Tapi jangan guna watak sayang. Buat watak baru

Me : haaa? Jenuhlah nak fikir karakter baru

Kito : Guna je lah watak Teja.


Okay, ini perbualan dengan suami dalam bulan 5 tahun ni. Tak ada angin tak ada ribut, tiba2 suruh buat komik pendek dan yang pasti tak boleh guna OC (original character) diri sendiri. Mujurlah ada si Teja ni

Siapa Teja ni?

Okay, watak Teja ni sebenarnya ialah watak untuk project animation sepanjang aku sambung belajar. Rasanya ramai dah tahu aku sambung belajar dalam bahagian sijil kemahiran di Giatmara kan?

Jadi taknak menyia2kan dan membazir masa tentang OC (selain watak aku) yang dah dicipta sebelum ni, so why not we reuse oc yang dah sedia ada kan?


Ni aku masukkan proses pembikinan watak Teja,dari sketches, ke coloring, 3d dan akhirnya dalam bentuk 2d iaitu komik yang bertajuk Bapak & Teja. Dan komik berkisahkan Bapak & Teja ada diterbitkan di dalam majalah Sempoi dalam edisi Muhibah sebanyak 2 muka surat @ 2 kisah pendek. (diterbitkan pada bulan ni iaitu bulan September)


Kenapa namanya Teja? Sebab aku sukakan nama yang klasik but at the same time tak nak nama yang terlalu girly sebab karakter Teja ni sifatnya agak nakal, banyak akal dan sedikit boyish. Jadi nak letak nama Melur atau Cempaka agak tak bersesuaian. Umur Teja pun dalam lingkungan 8-10 tahun.

Oh ye kisah Bapak & Teja ni lebih pada kisah ragaman sorang anak perempuan dengan ayahnya!😁 Mana nak beli majalah Sempoi ni?

Category: 0 komen

0 komen:

Post a Comment