Stand For Palestine

 


Dalam beberapa minggu lepas kecoh pasal isu Israel dan Palestin. Ikut pengetahuan am, Israel memang dah lama serang tanah Palestine bertahun lamanya cuma kali jadi isu berbangkit bila masjid rakyat Palestine diserang oleh tentera Zionis.

Kecoh bukan main kepalang sampaikan berlaku mogok beramai di negara luar. Cuma kat Malaysia je tak dapat nak buat mogok besaran sebab takut kena denda sebab langgar SOP, hahaha. Tapi cara kami berbeza. Di sini ada ramai tentera bawang, dan keyboard warrior sampai koyak jugaklah orang2 zionis di sana.

Bukan setakat tentera bawang yang mainkan peranan, para pelukis pun turut serta sampaikan mesej melalui karya seni. Cuma aku je lah yang sedikit lambat. Maklumlah sibuk dengan kehidupan sebagai seorang pekerja, pelajar dan isteri.

Jadi inilah hasil karya aku yang aku buat dalam tempoh waktu yang sangat express iaitu cuma 1 jam 30 minit. Cincai sajalah. Tak sempat dan tak larat nak buat detail.😅

0 komen:

Post a Comment