Barang Lama


Selalunya setiap batch, Cik Mas akan bagi loker dekat setiap seorang pelajar. Dan dah semestinya loker tu dulu pernah digunakan oleh batch2 sebelum ni kan.

Nak dijadikan cerita, dalam awal minggu kelas bersemuka selepas sebulan belajar secara online, Cik Mas mintak semua pelajar buang segala barang2 lama. Maklumlah loker2 tu semua mesti dah berhabuk teruk dengan dicampur dengan musim PKP ni lagi kan. Dalam loker aku, tak ada lah teruk sangat keadaannya. Cuma kena buang mounting board lama dan kertas2 biasa je.

Tapi nak dijadikan cerita, salah seorang budak kelas aku kata tak boleh buang barang2 dalam loker dia. Agak jadi persoalan jugaklah kan. Bila disoal, dia jawab sebab ada potongan ayat suci Al-Quran. Semua dalam kelas terkedu. Awatnya batch sebelum ni letak potongan ayat suci? Tapi kami tak tahulah potongan ayat suci apa sebab aku pun tak tanya kawan tu.

Cuma fikir baiklah, potongan ayat suci tu mungkin ada baiknya kan. 😅

 

0 komen:

Post a Comment