Persediaan Belajar 2

 




Bayangkanlah dah sediakan semuanya, semangat pun dah bersedia. Maklumlah dah setahun bertangguh belajar sebab mulanya PKP yang pertama.

Dan sekalinya jeng jeng jennnnngg...... Urmm, punah jugaklah rasa tu tapi cepat2 tajdid niat, fokus niat utama dan fikir baik dengan Allah je lah. Adalah sebabnya tu yang Allah lebih tahu.

Tapi actually bagus juga tau sebab antara belajar secara online ialah :

  • boleh bangun 5 minit lewat dari waktu kelas mula
  • tak payah nak mandi awal2
  • nak kentut kuat2 pun boleh, hahahaa
  • boleh buat urusan lain
  • tshirt  pakai simple tp seluar kontot pun no hal
  • bole merayau on the spot lepas habis kelas
  • tak ada punch card
  • yuran banyak dipotong sebab tak kan ada aktiviti luar waktu covid nanti
  • boleh melukis atau main game waktu cikgu mengajar (ikutkan elakkan la, haha)
  • Tak ada aktiviti bersihkan kelas.

    Nikmat jugaklah belajar secara online ni, hahahaha. Cuma aku merasalah belajar online selama sebulan sahajaaa.

0 komen:

Post a Comment