Kelas Online

 



Selalu online class, aku yang mengajar sebagai tutor bebas. Tapi kali ni aku pulak yang jadi pelajar. Jadi debarannya lain macam.

Teruja sebab impian nak jadi pelajar tercapai walaupun terpaksa belajar online. Tapi okaylah daripada tak ada kan?

Hari pertama kelas online, agak akward, sebab aku tak faham sistem. Blank jugak aku. Sampai terpaksa mintak bantuan dari suami. Tu pun agak memenatkan otak aku juga, sebab aku  ialah pelatih yang paling lambat nak faham dan ikut sistem yang Cik Mas ajarkan. Oh ye, Cik Mas tu nama cikgu yang mengajar.

Di giatmara, tenaga pengajar tak dipanggil lecture, tapi dipanggil Cikgu ataupun nama gelaran tenaga pengajar tu. Pelajar tak dipanggil pelajar. Kami dipanggil sebagai pelatih.

Kenapa pelatih? Sebab di Giatmara bukan setakat mengajar kemahiran tapi turun melahirkan ramai usahawan muda. Itu tujuan sebenar Giatmara ditubuhkan.  Giatmara melatih pelatih untuk berdikari dan mampu hidup secara mandiri dengan menggunakan skill. Dan skill yang kami belajar ialah ilmu yang direct dari industri.

0 komen:

Post a Comment