Lawak Diari Nana - Rabun


Setelah sebulan lebih menyepi dari buat sebarang komik atas alasan tertentu, seperti yang dijanjikan, inilah hasil komik page pertama yang baru selepas tamatnya komik Drama Sinistron 2 bulan lepas. 

Sepanjang bulan lepas aku agak sibuk mengutip ilmu dari kelas komik yang diajar oleh kartunis legend, Tazidi di Rumah Kartun & Komik Malaysia -MCCH. Walaupun tempoh kelas belum habis untuk 3 bulan, jadi aku praktikkan ilmu yang mana aku dah dapat. Selain tu juga suami ada turunkan ilmu komik Malaysia yang dia tahu. Suami banyak mengajar tentang background untuk panel supaya tak kelihatan 'kosong'

Masih banyak lagi ilmu yang nak dikutip dan untuk dipraktikkan 😊

Untuk cerita kali ni, banyak kali jugalah orang salah sangka ingat aku ni ada kacukan cina. Hanya disebabkan mata aku sepet. Walhal aku ni ada kacukan jawa da bugis je. Tapi jangan ajak aku bercakap bahasa jawa sebab aku jawa murtad. Hahahaha
Category: 0 komen

0 komen:

Post a Comment