Latest artwork landscape yg aku baru siap. Ambil masa selama sebulan lebih sebab aku fokus pun on off.
Gambar asal sebenarnya suami aku yg snap waktu raya Aidilfitri tahun lepas. Sebab kebetulan rumah tok (mak pada mama mertua) betul2 berada di kawasan tengan2 sawah.
Sebabkan aku ni kelahiran anak bandar, so agak jakun la. Bayangkan lah bangun je waktu subuh, keluar rumah, udara kemain segar, kabus tebal dan sejuk sangat2. Bila tengok kawasan sawah padi ni serius sangat menenangkan pandangan mata. Tapi kalau tengok aku yang dalam gambar ni, lagi menyejukkan mata, bukan setakat mati, hati pun sejuk sekali. Hahahahaha! Ok aku gurau je!
Aku saja lukis balik dari gambar asal ntuk merawat rasa rindu. maklumlah sekarang musim covid, kes kat Kedah pun makin naik, so nak tak nak, ni je la cara untuk mengamit memori. Apa2 pun aku menyesal last year tak buat pasport card. Kalau tak, dah boleh masuk Thailand da. Sebab rumah tok sangat dekat nak masuk ke kawasan Thailand!
Tu la, kalau Allah kata belum ada rezeki, dah ada depan mata pun, tetap takkan dapat kan.

0 komen:
Post a Comment