Workshop Asas Melukis Kartun Siri 2

 Alhamdulillah pada 12/9/2020 iaitu hari Sabtu, berlangsung kelas workshop asas melukis kartun siri 2 selama satu hari dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.  Kelas workshop ni dibuat di Giatmara Kota Raja dan dianjurkan bersama oleh Komik Biz dan juga Giatmara Kota Raja. (Terima kasih atas jemputan)

Kali ni workshop disertai seramai 11 orang perserta. Ada sedikit perbezaan untuk workshop siri kedua ni, ialah majoriti peserta kali ni disertai oleh ramai anak2 sekolah rendah iaitu seramai 7 orang. Yang paling muda berusia 7 tahun. Antara ilmu yang dikongsikan oleh kartunis Kito ialah penerangana apa itu kartun, mengolah bentuk, corak, bermain garisan, contengan laju dll. Dan antara aktiviti yang aku tolong handle ialah melukis bersama mereka dan mengenal pasti bentuk apa yang dah digunakan.





Hasil melukis bersama dengan aku. Nampak gayanya mereka terus hyper dan banyak bersuara, kira bagi feedback yang baguslah! (walhal aku yang mengusik, siapa tak dengar suara, kena lukis di depan, hahaha)



Walaupun lukisan ni lari dari aktiviti asal, tapi ada seorang perserta yang paling muda berusia 7 tahun berjaya menghasilkan lukisan ni setelah diajar beberapa teknik! Sangat laju! Kagum dengan si anak ni 😊
Dan ni tenaga pengajar nya, aku dan suami sendiri, Kartunis Kito


Setelah habis kelas, maka kita bergambar beramai untuk dijadikan kenangan. Alhamdulillah mereka semua sangat laju dalam memahami dan boleh menghasilkan karya yang makin improve dalam masa yang singkat. Moga mereka boleh jadi pelapis2 muda kartunis atau pelukis Malaysia. Amin


Part paling best yakni para pelajar kami akan dapat dua sijil. Sijil penyertaan dari GIATMARA dan juga sijil penyertaan daripada Komik Biz Studio. Manfaat daripada sijil-sijil yang mereka dapat ialah jika pelajar kami yang ingin sambung GIATMARA, sijil itu akan membantu dan memudahkan mereka masuk sambung berlajar ke GIATMARA. Sijil ini pula adalah mengikut piawaian kerja-kerja industri yang sebenar. Jadi mudahlah mereka mendapat kepercayaan daripada majikan jika mereka ini ingin bekerja di dalam industri.

Insyaallah akan datang bakal ada siri yang ke3, dan jangan lepaskan peluang lagi bagi mereka yang dah terlepas kedua-dua siri sebelum ni💓

0 komen:

Post a Comment