Perbezaan Kartun, Komik, Mangaka Dan Komik Malaysia

Masa 30/6 baru2 ni aku ajak laki aku pergi Malaysia Cartoon & Comic House di KL alang2 rumah kartun tu dah dibuka dalam 26hb hari tu setelah 3 bulan tutup sebab PKP. Alhamdulillah rezeki menyebelahi dapat jumpa dengan sifu aku, Kartunis Tarzidi.


Sempat bergambar dengan komik hasil karya pelukis Raja Hamzah sebelum mula sesi perkongsian ilmu..


Tak silap aku ni karya baru sebab sebelum ni tak pernah nampak. Karya di atas kanvas dengan menggunakan chinese ink dan pen.

 Ok ni lah sifu aku, Kartunis Tazidi! Ok jom kita mula sesi perkongsian ilmu.
Kata sifu, ada 2 perbezaan kartun dan komik mengikut perspektif orang Malaysia
  1. Kartun ialah figura yang tak sempurna. Contoh seperti tom and jerry dan spongebob
  2. Komik ialah kartun figre yang sempurna dari segi anatomi. Contoh seperti Marvel
Tapi di Jepun kartun dan komik disatukan dengan gelaran komik con.

Sebelum ni aku tertanya kenapa ramai anak muda lebihkan anime daripada kartun Malaysia. Kalau nk jwb trend semata, tak cukup kukuh. Ini reasonnya yang disampaikan oleh sifu.

Di mana anak2 muda yang lahir era tahun 1985-1986 ke atas, semua terdedah dengan anime style. Sebab waktu tu ekonomi Malaysia tengah gawat dan kebetulan anime mula masuk ke Malaysia. Kalau di tanya anak muda nama2 pelukis kartun Malaysia, majoriti takkan tahu melainkan kalau dah didedahkan dengan majalah Gila-Gila, Apo dan Ujang.

Apa perbezaan lukisan mangaka dan komik Melayu

1. Lukisan mangaka, emosi disampaikan dalam bentuk flash atau emoji. Contoh ini 


Selain tu kurang background dan terlalu exaggerate dengan fantasi seperti marvel dan flow cerita yang terlalu direct to the point. Mata yang terlalu besar dan shining. Muka yang hampir serupa setiap watak. Yang membezakan cuma rambut dan pakaian saja. Kalau suruh lukis karakter orang tua, memang fail. Ini yang disampaikan oleh Tazidi melalui kelas2 seni yang dia ajar sebelum ni

2. Kartun Malaysia pula ada pelbagai bentuk karakter, dan mimik muka yang cukup kuat tanpa perlu menggunakan sebarang effect atau emoji. Flow cerita  pun tak terlalu direct dan menggunakan banyak kiasan. Seperti cerita bawang putih dan bawang merah.

Aku bukan nak membandingkan manga dan komik Malaysia tapi kita kena berpijak pada bumi yang nyata. Kita bawa adat melayu. Orang jepun mengagungkan karya mereka. Tapi kita mengagungkan karya luar. Macam mana industri komik Malaysia nak maju kalau kita sendiri pun lack of appreciation local artwork

Anak muda menghasilkan karya manga banyak lebih pada buat tanpa research (kata dari suami) tapi hakikat nak membuat komik, memerlukan 1001 researh. Contoh ini 


Ada salah satu karya komik silat di rumah kartun, Kartunis Tazidi cerita perlukan research. Iaitu kena faham jenis2 silat, langkah2 silat, pemakaian dan ada lagi satu point di mana orang yang bukan ahli silat tak tahu 

" Orang bersilat kita dengar dia sebut "yah!" sedangkan dalam setiap tindakan ahli silat menyebut "Allah!" Dan lagi banyak zikir, lagi banyak blok dalam diri (ada 34 blok). Di mana rasa amarah dari orang lain tak boleh tembus walau cuma satu blok "- Kartunis Tazidi.

Bab zikir tu bukan satu rekaan sebab kalau fahami lebih dalam kehebatan zikir, kita akan tahu kenapa digalakkan banyak berzikir.




Kartunis Tazidi tengah menunjukkan hasil2 sketches dia di kertas a2



Sebahagian dari sketches dari Kartunis Tazidi yang aku agak tertarik dan suka. Lukisan yang direct menggunakan pen. Dan tanpa menggunakan apa2 ref. Cuma lukis apa yang dalam minda.

Nak menghasilkan seni macam ni pun kena fahami unsur grafik supaya dapat menghasilkan karya yang seimbang tanpa berat sebelah . Contoh karya SAKA tu, di jadikan tempat pembakar kemenyan tu sebagai titik pusat tengahnya, manakala rambut kiri kanan dan tulisan SAKA tu untuk menyeimbangkan kiri dan kanannya

Kalau sketches ni dijual, boleh cecah antara RM150-RM250 ke atas.

Dan Kartunis Tazidi ada sampaikan kat aku, ada dua jenis style pengajar :

1. Skill kurang tapi hebat dalam mengajar. Pandai naikkan motivasi.
2. Skill ada tapi tak ada skill mengajar. Contoh mudah marah.

But aku harap aku boleh hebat dalam melukis dan pada masa yang sama pandai untuk mengajar.

Sempat selfie sebelum bersurai

Oh ye, Kat rumah kartun ni ada buat kelas melukis. Ada 3 kelas yang boleh kita join, Kartun, Komik dan Karikatur. Bayaran cuma RM150 sebulan untuk 4 kali sesi. 1 sesi 2 jam. 😊





0 komen:

Post a Comment