Lalang dan tin kosong. Rasanya ramai yang dah tahu makna lalang dan tin kosong ni kan. Untuk topik kali ni, aku just nak share dari kata2 ayah dan dari pengalaman dulu2. Sharing is caring.
Kisah dulu kalau aku mula atur begitu dan begini mesti ayah akan bagi peringatan "Jangan jadi tin kosong. Buat sampai jadi "
Tin kosong tu ibarat satu tin yang tak ada isi apa2 air tapi bunyi dia bising bila dijentik dan disepak dengan kaki berbanding tin yang berisi dengan air. Ibarat orang yang hebat mengkritik, keyboard warrior, sembang lebat tapi buat hancur. Suruh buat, tak tahu. Orang jenis macam ni bagi aku sangat memalukan. Sebab ye lah kita dah cakap lebat, satu dunia da baca dalam alam maya sekali bila suruh buat, tergagap ataupun tak jadi apa. Orang yang berilmu, dia akan memilih untuk senyap dan fokus pada perbaiki skill.
Dan jangan jadi seperti lalang
Masalah yang aku nampak melalui orang sekeliling, hidup ibarat lalang. Kehidupannya ditentukan oleh orang lain dan kemudian akan ada yang mula menyalahkan orang lain bila tak maju apa2.
Ramai yang masih tak mampu untuk tetap dengan pendirian sendiri. Ada masa kita kena rebel dan degil dengan pendirian kita. Nyahkan kata2 orang yang menganggap kita degil. Kita degil kerana kita tahu pendirian dan matlamat hidup. Hidup di dunia untuk orang yang hatinya rebel memepertahankan matlamat hidupnya. Semua orang ada strugglenya. Jangan ingat orang yang berjaya tu tak pernah jatuh ataupun tak pernah struggle tapi dia tak nak jadi lalang dengan mengikut telunjuk orang yang tak beri apa2 manfaat padanya. Kita boleh mendengar nasihat tapi jangan biarkan hidup kita ditentukan oleh orang lain. Yang membuat keputusan ialah diri kita. Bukan orang lain.
Magic happens when you do not give up even though you want to.
The universe always fall in love with a stubborn heart
0 komen:
Post a Comment