Sesi Perkongsian Ilmu

Semalam lepas zohor kami berdua bertolak bergerak ke Subang sebab ada 'meeting' dgn salah seorang NGO industri seni, Abang Wukong (president PEKOMIK)


Pertemuan kali ni makan masa masa dalam 2-3 jam. Antara topik yang Abang Wukong kongsikan ialah peranan dan kekuatan setiap NGO industri yang wujud dekat Malaysia ni. Kewujudan NGO untuk membantu para artis menjaga hak cipta dan menaikkan industri. Hal industri tak boleh bergerak seorang, mesti bergerak secara berkumpulan. Senang cerita ialah link. Link ni yang membuatkan kita laju bergerak dan industri akan naik.

NGO akan mendorong artis2 masuk pertandingan, event besar, pesta buku, dan urusan2 yang besar. Jika tiada badan ni, susah untuk artist Malaysia untuk hidup. NGO ni saling bersaing antara satu sama lain dengan cara yang sihat.Bukan dengan cara dengki, dan dendam nak menjatuhkan.

Kalau tanpa organisasi ni, industri takkan meriah dan tak kan ada sesiapa nak buat aktiviti. Dan sebabkan banyak NGO ni lah, nama aku da mula slow2 dikenali di kalangan pelukis in real life dalam masa hampir setahun.

Selain tu kami berbincang tentang jaga harga market. Nampak isu ringan tapi berat sebab perlukan kertas kerja. Kenapa kena jaga harga  market? Korang bayangkan seorang junior, cas satu lukisan karikatur RM2 hitam putih walhal harga market sebenar RM15. Customer akan mencari yang paling murah dan bila jumpa yang lagi mahal, depa akan pertikai kenapa ni mahal dan depa tak nak beli. Kira tindakan si junior dah menganggu pintu rezeki orang2 industri yang sebenar. Ini tindakan yang tak baik. Dan akan menghadapi masalah besar jika tak dibanteras awal2

Harga tu ibarat maruah seorang artis. Kalau harga tu diletak rendah dari harga sebenar, tak terasa ke maruah tu diletak sebawah-bawahnya? Artist industri saling menjaga antara satu sama lain. Pelukis junior yang belum masuk industri mohon ambil cakna, rujuk pada yang pakar sebelum memulakan kerjaya. Jangan buat semberono.



Sebelum balik, kita selfie dulu!

Owh ye, kenapa kami sanggup jumpa president untuk berbincang pasal ni? Sebab nak bantu bos KOMIK BIZ menjalankan organisasi terutama untuk aktiviti di masa akan datang


Sambil2 tu aku sempat juga menconteng buat karya baru. Hahahhaa

0 komen:

Post a Comment