Cuti PKPP
Author: Nana Art StudiosSemalam mak aku bagitahu dah boleh merentas negeri 10 Jun ni. So otak aku da fikir nak balik ke Seremban 15hb ni, sehari selepas Manja ada appointment dengan doktor (cucuk ubat cacing dan kutu).
Dalam waktu tengah buat kerja, aku teringat nak bawak mak ayah bercuti kt resort di PD, tak jauh dari rumah tp atleast biarlah depa enjoy sikit. Maklumlah lama tak berjalan dan tak berjumpa. Dan lokasi pun dah dipilih cuma satu yang aku terfikir, 3 bulan hotel tak berpenghuni dengan pelanggan, harap tak jadi tempat perumahan makhluk2 halus ni. Hahaha
Even aku dah biasa kena ganggu dan rasa kedatangan benda2 gini, aku lebih risau mak aku, maklumlah dia jenis lemah semangat so suami aku yang kerja sebagai tukang urut kena get ready bawak minyak kasturi dan air bacaaan untuk direnjis2 dalam rumah kat resort tu 😊
Tak boleh nak marah jugak orang pergi bercuti sebab ekonomi kena dijalankan. Kalau tiada pelanggan yang melabur wang, macam mana nak rolling modal? Kesudah akan makan diri kita semua. Ekonomi Malaysia akan jatuh teruk kalau tak buat mcm ni. Dulu aku bangkang orang bercuti tapi bila fikir balik selepas dengar dari sifu usahawan, ini perjuangan netizen dan waktu ni lah netizen jadi frontliner untuk cover dan recover ekonomi Malaysia termasuk kewangan bahagian perubatan.
Takut? Semua orang takut. Pakar perubatan pun ikutkan takut nak merawat kita yang dijangkiti lagi2 berdepan direct dengan pesakit positif, Sekarang kita pun kena berani membatu dan patuh SOP. Semua orang ada peranan dan tanggungjawab memasing. PM takkan beri kebenaran tanpa sebab munasabah.
Category:
0
komen
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment