Raya PKPB
Author: Nana Art StudiosRaya tahun 2020 kali ni mungkin agak unik berbanding raya yang sebelumnya. Maklumlah sekarang tengah musim wabak pandemik. Kebetulan baru2 ni menteri kata dibenarkan untuk merentas daerah dan boleh beraya maksimum 20 orang dalam satu rumah. Maka gembiralah para isteri2 ataupun mereka yang kampungnya dekat dengan rumah.
Kalau aku? Memang tak lah untuk beraya sebab aku duduk di Shah Alam, Mak ayah aku di Seremban. Bukan kena rentas daerah dah, tu namanya merentas negeri. Hahahahah
Ikutkan tahun ni turn beraya di kampung aku belah ayah di Perak tapi apakan daya, angan2 tu postpone ke tahun depan la jawabnya kalau masih dipanjangkan umur dan dilenyapkan virus ni. Hahaha.
Tahun ni mungkin perayaan paling simple bagi aku. Baju raya aku yang patut pakai tahun ni tertinggal di Seremban dan terpaksa beli baru sebab nak jugak sedondon dengan suami even di rumah. Baju baru untuk raya tahun ni juga paling murah, RM30 je. Kombinasi antara blous dan skirt, sekali gabung, bolehlah nampak macam baju kurung. Dekat mana beli? Di GM Klang saja. Boleh pergi time tak ada ramai orang sangat.
Biskut raya? Aku tak tau nak buat or tak sebab dalam rumah ni cuma ada 2 orang saja 😕
Macam mana dengan korang pulak???
Category:
Komik Drama Sinistron
0
komen
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment