Beramallah Dengan Ilmu

Before aku kahwin, aku anggap ilmu yang dipetik tu hanya sekadar dipetik, di ambil tapi tak dipraktikkan pun tak apa sebab ini mindset lama aku. Nak amik banyak ilmu tapi sekerat jalan. Kenapa sekerat? Sebab tak amalkan. Tapi bila aku kahwin, suami aku duk kata amalkan dan praktikkan semua ilmu tu nanti di sana Allah akan bertanya apa yang kita dah buat dengan ilmu yang kita dapat.
So di sini, aku nak share pasal mengamalkan ilmu. Tak kisahlah ilmu apa pun.

Aku kebetulan duk search di google semalam pasal ilmu, aku nampak satu point yang menarik



Aku tertarik dengan sepotong ayat ni " Jihad dengan senjata pun harus berbekal ilmu. Tidaklah bisa seseorang berjihad, mengangkat senjata, mengatur strategi, membagi ghonimah (harta rampasan perang), menawan tahanan melainkan harus dengan ilmu. Ilmu itulah dasar segalanya "
Di sini kita boleh nampak, nak mengangkat senjata pun memerlukan ilmu ( praktik ) tapi bila kita berilmu tapi tak pula amalkan mengangkat senjata ibarat kita buat tanpa amal. Contoh korang pandai cakap dan research tentang senjata api tapi korang takkan boleh tahu berapa berat nak menampung senjata dan berapa lama kita mampu tahan memegangnya selagi tak diamalkan.

Dan aku dapat satu petikan lagi tentang ilmu tanpa amal :

Antara cara kita mengamalkan sesuatu ilmu yang telah dipelajari itu adalah dengan mengajarkannya atau berkongsi dengan orang lain. Pepatah arab pernah mengatakan bahawa:

الْعِلْمُ بِلَا عَمَلٍ كَالشَّجَرِ بِلَا ثَمَرٍ

Maksudnya:

“Ilmu tanpa amal umpama pohon tak berbuah.”

Maksudnya, sebesar mana pun sesuatu pohon itu, tetap tidak dapat memberikan manfaat kepada sesiapa pun sekiranya pokok tersebut tidak menghasilkan dan mengeluarkan buah. Begitulah juga perumpamaannya dengan ilmu. Sehebat mana atau setinggi mana ilmu seseorang itu, tetapi kalau tidak diamalkan atau perkongsikan samalah seperti pohon yang tidak berbuah.

Syeikh Abdurrahman bin Qasim rahimahullah juga pernah mengatakan bahawa:

“Amal adalah buah dari ilmu. Ilmu itu ada dalam rangka mencapai sesuatu yang lainnya. Ilmu diibaratkan seperti sebuah pohon, sedangkan amalan adalah seperti buahnya. Maka setelah mengetahui ajaran agama Islam seseorang harus menyertainya dengan amalan. Sebab orang yang berilmu akan tetapi tidak beramal dengannya lebih buruk keadaannya daripada orang bodoh.”

Kita boleh kutip banyak ilmu tapi sejauh mana kita boleh didik diri untuk mengamalkan apa yang kita faham?
Sebab tu ada sesetengah yang terlalu banyak ilmu, boleh jadi gila. Sebab dia tak amalkan apa yang dipelajari

Kadang2 kalau kita perasan orang yang terlalu bijak pandai, dari soleh boleh berubah ke arah yang sombong atau sesat dan ada yang sehingga murtad. Kenapa? Sebab ilmu yang dipelajari hanya sekadar belajar bukan amal.

Nak jadi orang yang soleh dan betul bijak pandai, perlu belajar, beramal dan praktikkan lalu baru disebarkan.

Kesimpulannya kebanyakan orang Islam yang hebat di zaman dahulu seperti Ibnu Qaldu, Ibnu Sina, dll, mereka mengamalkan apa yang dipelajari dan menjadi sumber rujukan orang ramai atas ilmu yang mereka ada. Oleh itu, ilmu perlu dilakukan dengan mengamalkan, baru kita bebetul faham dengan apa yang kita belajar dan baru capai ketenangan yang diimpikan.

Termasuklah dalam dunia seni, kita boleh hebat bercakap tentang sejarah asal usul setiap jenis seni dan tentang medium yang digunakan tapi kita takkan faham kesusahan nak menghasilkan satu karya dengan kesusahan nak menguasai mana2 medium peralatan lagi2 yang baru pertama kali guna.

Ramai yang boleh bercakap tentang seni tapi berapa ramai yang boleh menghasilkan karya yang bermutu dan berkualiti tinggi untuk industri?

Sumber Rujukan :
Category: 0 komen

0 komen:

Post a Comment