Cerminan Diri


Semua orang dalam dunia ni berperang dengan diri sendiri iaitu melawan hati dan nafsu. Berperang dengan jiwa sendiri lagi2 melawan hasutan atau negatif vibe (terutama dalam musim PKP). Dan setiap apa yang ada di sekeliling ibarat cerminan diri kita.
Gerakan hati akan mendengar daripada pandangan akal dan nafsu akan membuat keputusan yang akan menentukan segala keputusan, sama ada membenarkan iman bertapak terhadap Allah atau sebaliknya.

Justeru, Baginda SAW mengingatkan kita bahawa hati amat berperanan dalam menentukan kebaikan dan kejahatan.

Sabda Baginda SAW bermaksud: "Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika sekiranya daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Namun, jika seandainya daging tersebut rosak, maka rosaklah seluruh anggotanya. Daging yang dimaksudkan adalah hati". (Hadis Riwayat Bukhari dari Nu'man bin Basyir).

Dan Allah akan menegur salah silap kita melalui orang sekeliling dengan memantulkan balik sikap kita yang kita buta selama ni. Allah menegur dengan cara macam tu untuk kita tunduk. Bukan mendambik dada.

Kita tak boleh kata kita tak pernah salah. Kita tak boleh kata kita seorang je betul. Kita bukan maksum. Termasuklah aku yang tak lari dari kesilapan. Dan kadang kala aku menjadi toxic jugak. Allah hadirkan orang sekeliling untuk perbetulkan aku. Allah sayang aku, Allah sayang kita semua 😊

0 komen:

Post a Comment