Entah macam mana tengah malam ni terfikir suatu perkara.
Aku banyak tengok para isteri sekarang nak suami yang romantik dari segi kata2 ataupun thru wassap ataupn bagi hadiah romantik. Tak dapat tu semua,siaplah kau dijaja ataupun dibandingkan dengan orang lain. Bukan semua tapi ada golongan ni
Point yang aku terfikir ialah...
Fasa zaman Moyang, Atuk Nenek dan Ibu Bapa kita
3 zaman ni, zaman di mana berlaku peperangan di mana ketiga-tiga zaman ni merasa hidup susah. Kais pagi makan pagi. Tiada gadjet. Tiada kemudahan. Yang ada cuma, para isteri jadi suri rumah uruskan kerja rumah dan suami pergi keluar cari nafkah.
Mengikut perhatian aku, ayah2 zaman dahulu sifat dia tegas dan lantang termasuk lantang dengan isteri. Tapi para suami dulu tetap akan bantu buat kerja rumah.
Tapi kenapa bila masuk fasa kita, fasa di mana penuh dengan kehidupan gadjet. Siang malam layan handphone, layan laptop, lagi banyak masalah mendatang? Kita jadi lagi anxiety dengan penilaian orang terhadap apa yang kita tak ada terutama dalam media sosial yang saling berlumba antara satu sama lain. Aku rasa anxiety dah lama wujud sejak dulu tapi adakah sebab gadjet, anxiety tu lagi banyak muncul sekarang ni?
Kerana handphone, anak2 mula belajar research benda yang tak molek. No spent time with family. Berlumba show off. Suami tak tunjuk sweet dengan cara yang sama macam kekawan dalam media sosial, kita down. Bergaduh dengan suami, canang satu dunia dalam media sosial. Everything we wanna make it issue. Why? Ask yourself why?
Nak kata para isteri zaman dulu banyak pendam perasaan? I don't think so sebab zaman dulu majoriti kaum hawa akan sibuk fokus menghasilkan skill kemahiran hidup. Berbanding kita yang sekarang masih memilih2 untuk belajar skill kemahiran hidup yang baru dan beralasan.
Adakah disebabkan kemodenan dan kemajuan menghakis sifat kesyukuran dan menghakis naluri kita untuk explore lebih banyak skill kemahiran hidup yang basic?
Gadjet ada banyak kebaikan tapi kebaikan tu boleh bertukar jadi keburukan di sebabkan tangan kita sendiri.
Bagi aku lah, yang merosakkan minda dan pemikiran ialah kita sendiri.
Salah guna, masalah datang
Terlebih guna pun masalah datang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment