Mood Raya



Kita difahamkan yang raya ni kita semua terpaksa berkorban untuk tidak balik kampung terutama yang berlainan negeri, elakkan kunjung mengunjung, tak ada open house dan bermacam aktiviti raya yang lazim kita buat tapi terpaksa dilupakan untuk tahun ni.

Aku tak tau la aku ni jenis kurang empati or too positive or apa2 sahaja lah, aku perasan ada dua golongan untuk raya tahun ni. Ada yang jenis memang still happy nak sambut raya even cuma beraya di rumah ( ha tu aku la tu! hahaah!) dan ada jugak duk moody sebab tak dapat balik kampung beraya. Dan penuh complain.

Kalau kita fahamkan sambutan Hari Raya Aidilfitri ni disambut untuk menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Dan tak perlu diwajibkan perlu bermewah-mewah. Janji mood tu pastikan ada. Takkan da penat2 puasa sebulan tetiba tak nak sambut hari raya ni sebab sambutan kali ni tak sama seperti tahun sebelumnya.

Just chill ok, ramai lagi saudara seislam kita tak pernah merasa perayaan Aidilfitri yg meriah yang macam kita pernah rasa, lagi2 saudara seislam  di Palestin sana, Sepanjang masa berperang, bom meletup tak kira masa.

Anggap segala ujian ni ialah nikmat. Kenapa nikmat? Sebab kita masih duduk dalam rumah yang selesa. Masih boleh berhubung dengan keluarga melalui on call ataupun whatsapp.

Ala, kau kalau dapat balik kampung pun, kerja asyik main handphone. Lepas tu update dalam media sosial marah2kan saudara yang duk tanya bila nak kahwin dan bila nak dapat anak. Hidup langsung tak boleh bertenang dan ajak borak sungguh. Serupa kau tak payah duduk kampung. Patut balik kampung kena saling bersilaturrahim dan layan borak dengan saudara mara. Bukan ikut angin kepala sendiri. Hidup kena belajar chill ok. ✌

0 komen:

Post a Comment