PKPB


Besok akan bermula PKPB iaitu Perintah Pergerakan Bersyarat. Dimana ada sesetengah industri akan dibenarkan buka tapi dengan mengikut SOP. Aku pun besok terpaksa keluar jugak untuk keluar duit ASB, bawak anak2 bulus lepak depan rumah dan beli barang art sbb drawing pen aku pun kebetulan dah kehabisan ink. Lepas tu sambung balik berkurung dalam rumah.

Cuma aku tak berapa setuju, bila dibenarkan bukak kedai baju dan boleh makan di kedai makan dan juga berjogging. Walaupun tak semua negeri akan mula jalankan industri macam biasa, tapi dah lah area Selangor dan Kuala Lumpur antara yg masih ada banyak kes merah lagi.

Yang aku tak menahan ada yang sampai masih fikir nak raya?
Kau tak faham ke ni maksud pandemik? Keliru antara keperluan dan kehendak?
Aku pn da nak hampir 3 bulan tak balik Seremban, jenuh nahan rindu!

Dah lah virus ni mudah membunuh bagi golongan warga emas. Ni nak kata ikut nafsu dan kepentingan diri ka?

0 komen:

Post a Comment