Kegunaan White Pen

Dalam beberapa hari lepas, ada seorang kawan tanya tentang pen putih dalam proses mewarna, so topik hari ni yang aku nak kongsikan kegunaan white pen.



Untuk proses melukis ni, memang wajib aku perlukan ketiga-tiga white pen ni lagi2 untuk buat kerja mewarna. Pilot Pintor, Uni Paint dan Gelly Roll Sakura. White pen ni nampak je macam tak ada kegunaan walhal besar juga peranannya.



Ni antara dua white pen yang basic. Funtionnya sama kedua-duanya iaitu blend or tutup kesan cela warna yang tersilap kita warnakan lagi2 dengan marker. Keadaan mata marker ni sesuai untuk blend dan tutup cacat cela warna yang tersilap.Contohnya seperti ini :



Dalam kurungan bulatan tu sebenarnya ada kesilapan warna. Bentuk bibir asalnya tak ada lah terlalu lebar tapi sebabkan terlanjur warna secara tak langsung terbuatkan bibir tu nampak lebar dan ini automatik melarikan bentuk asal bibir. So caranya Nana 'potong' bahagian silap tu dengan dua jenis white pen ni (korg pilih salah satu white pen je). Sekurang-kurangnya lukisan yang nampak silap masih boleh diselamatkan.


Untuk pen yang terakhir Gelly Roll Sakura Pen. Keadaan mata pennya yang lebih kecil berbanding kedua2 pen yang ditunjuk di atas ni dan kegunaannya pun berbeza. Kegunaannya ialah lebih sesuai untuk menghasilkan kesan effect. Contoh di bawah :


Kebetulan baru2 ni aku baru siapkan gambar potret Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz, so kita jadikan dia rujukan. Untuk pen gelly roll tu aku akan selalu guna untuk menghasilkan kesan uban di rambut, janggut, misai dan kening. Dan pen ni jugak bole kita buat kesan cahaya di mata

Ketiga-tiga harga pen ni insyaallah masih mampu untuk dimiliki dan harganya pun bukanlah mahal tapi kegunaan dia mampu menaikkan seri wajah artwork yang dihasilkan tu 




Category: 0 komen

0 komen:

Post a Comment