Newbie vs Legend/ Famous Artist

Dalam seminggu ni banyak pulak aku nampak kes dalam kalangan kekawan fb pasal isu newbie sentap dengan pelukis famous/ otai. Err actually kes ni dah ada lama sejak 10 tahun lepas di mana aku pun masih di tahap newbie masa tu. Sekarang? jadi kubis. Hahahahah Ok kembali serius.
Untuk topik ni aku lebih banyak nak menekankan pada para newbie yang kebanyakkan hati tisu.
Orang famous pernah jadi newbie. Orang legend pernah jadi newbie. But newbie belum tentu dia akan jadi famous or legend. Boleh jadi dia putus asa dipertengahan jalan dan kuburkan kemahiran tu.

Antara alasan yang tak masuk akal yang aku nampak dalam golongan newbie ni sebenarnya dorang ego. Sory to say lah.

Sebab :

1. Dorg cuma nak terima kritikan yang baik2 saja. Sedangkan dalam dunia seni ni tak ada tolak ansur.

2. Depa nak kena suap. Kena guide one by one sedangkan tak semua benda perlu kita minta orang suap.

3. Alasan cuma hobi bukan kerjaya. Tiada siapa pun nak amik tahu kau cuma melukis untuk hobi atau sebagai kerjaya! So jangan kau harap semua orang tahu kau melukis untuk hobi

4. Newbie tak dipandang. Then usaha la buat sampai kau jadi setanding legend! Jangan jadi TIN KOSONG. Tin kosong ni bersepah, asal sepak ke terjatuh ke bunyi je bising tapi isi dalam kosong.

5. Asal teguran tak kena sikit, terus nak remove or block. RAPUHNYA HATI. Without legend or famous artist, kau tak boleh naik sebab kau akan kekurangan rujukan. Kau nak rujuk dari youtube? Boleh tapi takkan mencukupi ilmu tu. Be humble! Bukan melenting bila kena jentik sikit.

Orang famous/ legend akan sampai satu masa tamat tempohnya, dan newbie pula akan jadi pelapis seterusnya. Tapi kalau pelapis pun hati sendu, macam mana nak terus kekal teguh dalam industri ni di masa akan datang?

Setakat buku kena koyak atau kena baling waktu sekolah, totally TAKKAN SAMA dengan orang yg fully masuk dalam industri ni. Sekolah tu ialah tahap sekolah, Tapi dalam industri ni ialah satu dunia. Dimana berpuluh juta artist bersaing with each other.

Aku bukan hebat tapi aku masih anggap aku ni newbie if aku mula masuk dalam memana bidang baru. Contoh sebelum ni aku hebat dalam potret, then tetiba masuk dalam dunia karikatur, so aku masih ditahap newbie dalam bidang karikatur.


Setakat kena koyak buku dan baling buku takkan sama dgn kes kau dimalukan oleh customer di depan customer lain. Sebabkan sorang customer buat perangai hantu, semua customer yg lain lari. Dari elok2 kau boleh dapat untung RM100 last2 tak dapat apa. Sekali pakej dengan lukisan dikoyak.

Kalau berkerja dengan orang pulak, kau takkan boleh balik selagi kerja tak siap, kerja yang silap kau kena perbetulkan. Hari2 tidur office. Sakit pitam kau syarikat takkan amik peduli!


Kalau newbie kena macam tu kau masih ada masa nak meroyan lelama? NO kau takkan ada masa! Sebab masa berjalan dan takkan menunggu. So jangan bazir masa untuk play victim or jadi anak2 minta perhatian backup. Cara murahan dan kau menjatuhkan nilai diri sendiri. Bukan orang lain. 

Yang mana jenis duk kata jadikan hobi tu jangan act macam kau tau tentang dunia industri ni sebab kau sendiri pun belum masuk sepenuhnya dalam dunia industri yg tak ada simpati ni. You know nothing. Aku yang fully masuk dalam dunia ni pun tak berani nak meroyan lebih kalau org power dah tegur sebab aku sedar tahap aku, di mana perlu berlatih dan fight untuk jadi seiring depa. Bukan bertindak dengan keluar dari group, remove, block famous artist then update blamekan pelukis hebat.
Category: 0 komen

0 komen:

Post a Comment