Pembaziran




Aku serius tak faham dengan kaum aku sendiri, iaitu kaum hawa. Dalam beberapa minggu lepas ada lah ditubuhkan atu group dalam FB. Group Masak Apa Tak Jadi.

Pada awal dia nampak lawak lah tapi lama kelamaan nampak semua orang seolah struggle hard untuk memburukkan keadaan makanan. Bukan nak buruk sangka tp apa kebenda nak masak ayam masak merah tapi masuk sirap?! Cannot brain! Malah siap main saman menyaman. 

Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan:ﻣَﺎMaksudnya:
“Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam tidak sekali-kali mencela makanan. Jika Baginda menyukainya Baginda memakannya, dan jika Baginda tidak menyukainya Baginda akan meninggalkannya (tidak memakannya)”

(Hadits riwayat al-Bukhari)

Dalam satu riwayat lain yang diriwayatkan oleh Muslim, Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu berkata:

Maksudnya:
“Aku tidak pernah sekali-kali melihat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mencela makanan. Sesungguhnya apabila Baginda menyukainya, Baginda memakannya dan apabila Baginda tidak menyukainya Baginda diam.”

Dalam bergelak ketawa kita tak sedar, kita dah pun mencela makanan dan hukumnya ialah dilarang sama sekali!

Nota Ilmu :

0 komen:

Post a Comment