Pemakaian kita mungkin sama. Tapi hati dan akhlak kita belum tentu sama.
Kalau tanya pendapat dan pandangan aku, kedua-dua perlu terima nasihat. Tiada yang betul, tiada yang salah. Ye menasihati dan menghentam orang memang seronok tapi belum tentu kita boleh terima dengan hati yang terbuka bila kita sendiri ditegur apatah lagi dihentam
Jadi apa2 pun kembali kepada kunci utama. Tajdid niat
Niat menegur kerana apa? Untuk bash kerana nak like yang banyak atau sayang sesama saudara?
Dalam dunia dakwah tu bukan tentang siapa menang siapa kalah dalam berbahas. Dalam mendakwahkan orang, at the same time kita perlukan dakwahkan hati kita. Syaitan tu licik, ada masanya membuatkan kita rasa kita lebih maksum berbanding yang lain.
Lagi tinggi ilmu, lagi hebat ujiannya. sama2 berwaspadalah 😊
0 komen:
Post a Comment