Tips untuk kekal bermotivasi di waktu pandemik


Ada beberapa tips untuk kekal motivasi waktu pandemik untuk para artis muda. Moga bermanfaat dan dapat mengubah kehidupan dikala waktu pandemik

1. Cari kelompok yang positif.

- tinggalkan kelompok yang selalu bergaduh, membawang, dan yang tak mendatangkan faedah. Bukan untuk ajar jadi toxic positive tapi kalau korang layan, silap2 korang pun leka dan tak improve ke depan. Korang yang akan rugi bukan orang lain. Masa depan berada di tangan korang. Kadang bukan soal toxic positive tapi kita yang menolak vibe positive dari orang lain sebab kita sendiri negative.

2. Cari kelompok yang ada matlamat.

- matlamat ni penting. Ia umpama kunci sesuatu perbuatan. Bila ada matlamat, kita cuma akan fokus matlamat lebih daripada yang lain. Kalau ada masalah pun, kita letakkan masalah tu ke tempat nombor 2. Bila ada dalam kelompok yang selalu membincangkan matlamat, secara tak langsung kita termotivasi sekali untuk ke arah matlamat

3. Cari guru dan mentor.

-Untuk diberi jalan, dan bimbingan. Kita jangan rasa kita kuat dengan seorang diri sedangkan kejayaan perlukan guru dan mentor. Kalau kita lalai, atleast mentor dan guru boleh sedarkan kita. Guru dan mentor sangat berperanan utk boostkan semangat kita.

4. Targetkan siapa idola.

- Bila ada idola, kita akan cari maklumat semua pasal dia. Kita akan cari macam mana cara dia berjaya lalu kita akan praktikan jalan yang dia pernah guna. Jika gagal pun, bukan bermakna jalan tu salah, boleh jadi sebab ilmu kita yang tak cukup.

5. Cari sebanyak mana pun ilmu.

- Tanamkan sifat suka belajar dan rasa ingin tahu. Kalau boleh boostkan rasa ingin tahu tu lagi2 diwaktu pandemik. Buang ego rasa kita dah tahu semua. Adakalanya kita kena belajar dari bawah semula utk kita bebetul faham perkara basic dalam bidang yg kita suka. Masuklah sebanyak mana pun kelas yang kita mampu. Jadikan sebagai hobi baru. Tak semua kelas online berbayar. Masih banyak lagi yg percuma, cuma kadang kita tak tahu dan tak ambil tahu, jadi macam mana info dari fb nak sampai. Kita tak akan pernah jadi paling bijak. Jadi belajarlah.
 
6. Saling support each other.

-Dalam konsep bisnes ialah saling support each other. Tak ada sifat, kau beli kt aku, tapi aku takkan beli kat kau. Kita berbisnes saling memerlukan each other.Kalau tak beli pun atleast bantu share posting ataupun like untuk boost marketing member walaupun marketing cara tu cuma 1% daripada usaha. Atleast kawan tu semangat la sikit.

7. Buat jadual kerja.

- Untuk mengurangkan kadar risiko burnout yang kerap. Targetkan setiap hari untuk buat apa dan apa yang perlu dilangsaikan. Ni bukan nak kata korang takkan burnout. Korang still akan burnout cuma peratus kekerapan burnout tu akan kurang.

8. keluar dari comfort zone.
 
- Buat benda yang paling kita takut sebelum ni. Kadang boleh jadi kita ada kemahiran tersembunyi disitu. Kadang kita tak cukup mengenali diri sebab kita suka duduk dalam comfort zone lepastu pertikaikan orang lain kenapa dia berjaya, kenapa orang lain bermotivasi dan kenapa orang lain positif. Kenapa tak ditanya pada diri "Apa lagi yang perlu aku buat dan ubah untuk jadi lebih baik?"

9. Kurangkan hiburan.

-berhibur tak pernah salah tapi cara kita yang salah dan melebihi batas. Kadang terlebih hiburan dalam hidup yang buat langkah kita jadi terlalu perlahan. Solusi paling mudah, jadikan hobi atau matlamat yang nak dikejar tu sebagai hiburan. Ubah mindset. Setiap orang boleh diubah mindset dengan kerap memujuk diri dan bermuhasabah diri. Duduk seorang seeloknya elok bermuhasabah diri dari overthinking benda yang bukan2.


10. Kurangkan beralasan

- Alasan tu kadang kita yang create. Takkan pernah tak ada masalah untuk berjaya. Sedangkan semua orang yang berjaya semua ada masalah dan mereka menghadapi masalah dan mereka berjaya kerana mereka tahu dalam masalah ada rezeki yang besar menanti.


11. Ubah mindset.

- Mindset ialah kunci utama kejayaan. Andai dalam Islam ajar hati ialah penentu akhlak dan kepribadian, maka mindset ialah penentu kejayaan.


Dalam hal ini, Allah SWT berfirman:
]إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ[
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum, sebelum kaum itu sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka” (TQS. Ar-Ra’d [13]: 11).

 KITA ADALAH APA YANG KITA BUAT. PERBUATAN ADALAH BUKTINYA.

HARD WORK WILL ALWAYS OVERCOME NATURAL TALENT WHEN NATURAL TALENT DOES NOT WORK HARD ENOUGH
Category: 0 komen

0 komen:

Post a Comment