FISE Alumni MSU (MARCH 2021)

 

Boleh klik sini untuk terus ke page MSU

Alhamdulillah tertayang lagi muka dalam page MSU. Aku sendiri tak ingat dah berapa kali sebenarnya.
Ikutkan dalam beberapa minggu lepas, ada member sekelas MSU la pm, tetiba cakap seorang lecturer MSU nak nombor contact. Masalahnya aku sendiri tak pernah dengar nama lecturer tu. Maklumlah ramai dan ingatan aku pun makin lama makin pelupa!

Minggu lepas lecturer tu wassap, maka bermulalah aktiviti aku disoal jawab hahaha. Yang paling haru kelam kabut jugak aku mencari gambar yang lawa2. Tu lah selalu sangat pakai selekeh tapi kesudahnya gambar aku berpakaian sempoi juga lecterur ni letak! Memang dah jadi identiti dah hoodie tu agaknya!😂

Yup, aku pegang satu je kata2 falsafah aku " Tak ada ilmu dan skill kemahiran yang dijadikan sia-sia, melainkan kita yang anggap ia sia-sia". Sebab tu kita kena selalu berfikir dan relatekan apa yang boleh dibuat dengan ilmu yang sedia ada selain perlu ditambah dengan ilmu yang baru.

Macam sebelum ni aku pernah ada pengalaman dalam dunia F&B, belajar untuk layan kerenah customer dan kemudian praktikkan dalam bisnes coklat aku. Bila dalam bisnes coklat, pemakanan, aku belajar tentang marketing, advertising, packaging, performance presentation pada customer (iklan), sistem dan lain-lain. Dan dari pengalaman jual coklat tu juga lah aku praktikkan dalam bisnes seni aku ni.

See?? Tak ada yang sia-sia melainkan kita beri peluang untuk cuba cari ilmu diluar cabang dan relate semua menjadi satu. Nak jadi orang kreatif, bukan setakat perlu kreatif melukis tapi kena kreatif mencari solusi dan kritis dalam berkarya.

Category: 0 komen

0 komen:

Post a Comment