Billie Eilish

 


Akhirrrrrnyaaaa~~ Siap jugak latihan terbaru setelah hampir 2 minggu buat. Sebenarnya dalam 2 minggu tu banyak on off sebab kebetulan dapat job commission, jadi kita utamakan dulu job commissionlah kan. Kalau tak, duit tak masuk, aku nak makan apa kan. Hahahaha

Kali ni merupakan sambungan latihan bermain warna cahaya, dan pengeditan warna dan tekstur..

Cuma kali ni aku main gabungan 2 warna cahaya iaitu hijau dan merah. Hijau untuk dikawasan yang aras tinggi di muka iaitu di hidung, dahi, dagu dan pipi. Manakala cahaya merah aku letak sikit dekat dengan kawasan yang gelap seperti di kawasan pipi di belakang rambut, bawah kening dan di bahagian rahang.

Untuk tekstur muka, aku guna brush Paint Brush 3. Tapi sebelum tu aku akan makesure shading di muka dah lengkap. Untuk tekstur muka, aku guna dalam 2-3 layer. Layer 1 dan 2, aku guna warna seakan dark brown tapi bukanlah terlalu dark, dan aku kurangkan opacity. Untuk layer 3, aku guna brush yang sama cuma aku guna warna putih kemudian aku setting dari normal ke multiply dan akhirnya kurangkan sedikit opacity.


Dan hasilnya akan jadi lebih kurang beginilah.

Aku saja nak main tekstur kulit sebab ayah aku selalu komen, asyik buat muka yang nampak licin macam patung. Walhal ikutkan kulit manusia yang sebenar ada liang pori bagai kan. Aku cuba cabar dirilah untuk bermain dengan teksture, untuk nampakkan lagi hidup.

Dan itulah jelah penerangan aku untuk artwork ni😄





0 komen:

Post a Comment