Fokus

 


Sebenarnya ada terlalu banyak ilmu berkaitan komik yang guru Tazidi ajar tapi, itulah aku.... Guru tengah mengajar, fikiran aku melayang. Hahahahaha

Tapi apa yang aku tahu, yang membezakan komik kita boleh tahan lama dalam ingatan audien ialah keunikan dan sejarah komik tu sendiri. Kita ambil contoh anime Naruto saja... Ada salah seorang presiden industri seni bagitahu cerita Naruto tu sendiri ada sejarahnya, aura chakra dia ada kisahnya. Senang cerita semuanya ada sejarahnya. Bukan setakat lukis ikut imaginasi macam kebanyakan pelukis muda buat sekarang. Sedangkan pelukis lagend pun melukis tentang sejarah hidup dorang. Benda yang realiti. Cuma diselitkan sedikit imaginasi saja.

Kata legend, melukis tanpa  kajian ibarat syok sendiri. Agak pedih juga bagi aku tapi tu lah kenyataan yang aku pun kena telan jugak untuk menghasilkan karya yang berkualiti. Everything need research.

Sebenarnya dalam penghasilan komik, banyak benda yang kita kena belajar selain nak memikir nama watak. Cara perletakan panel pun bermain dengan arah mata pembacaan audien. Siapa yang belajar bidang grafik tahu la maksudnya ni bagaimana.

Dan extra point, orang yang boleh melukis illustrasi, belum tentu boleh menghasilkan komik yang berkualiti dari segi perspektif, anatomi, latar belakang, susun atur panel, design pakaian, rekabentuk hiasan dalaman, rekabentuk hiasan luaran, susunan pencahayaan, dan lain-lain. Sebab tu kalau dalam industri betul, nak menghasilkan satu buku memerlukan ramai tenaga kerja (ada yang uruskan bahagian latar belakang, ada yang cuma fokus ke karakter, ada yang buat storyline dan lain-lain). Akhir sekali akan ada editor yang tolong check sebelum diberi green light.

Tapi berbeza pulak dengan komik Indie. Komik Indie dia akan buat semuanya sendiri dan mengambil masa lebih lama untuk siapkan.  Dan sudah tentulahlah lebih penat sedikitlah. Tapi untung dia kaut seorang (tu yang syok)

Bagi aku penghasilan komik lagi mencabar daripada buat potret. Dulu masa remaja aku ingat penghasilan komik lebih mudah dari potret. Sekarang sangkaan aku meleset 100% tak sama macam dulu. Potret berganda lebih mudah cuma perlu masa yang lama untuk fokus bentuk, rupa dan shading sahaja. Dan kalau cantik pada pandangan customer, kira dah PASS. Berbeza dengan komik, banyak benda yang nak difokuskan. Senang cerita semua konsep seni ada dalam satu karya iaitu KOMIK.

*Point yang aku dapat ni banyak aku dapat dari otai2 industri hasil perjumpaan secara berdepan. Jadi kalau ada yang tak setuju, jangan serang aku, sebab aku cuma sampaikan apa yang otai sampaikan. Saya cuma potato je, hahahaha.



0 komen:

Post a Comment