Ikutkan hari ni merupakan hari ke-3 aku jadi seorang pelajar balik di sebuah pusat pengajian.
Ramai tanya aku, aku sambung Master ke? Sebenarnya tak pun. Aku cuma sambung bahagian kemahiran dalam bidang animasi 3D.
Dan untuk pertama kali jugaklah aku kena belajar secara online. Mungkin mudah bagi pelajar lain tapi bukan bagi aku sebab dalam satu minggu ni, kiteorang diajar tentang sistem (penyusunan file) dan juga tentang akta2.
Dasyat kan? Ambil bidang animasi, tapi kena baca pasal akta. Macam bidang lawyer lak. Hahaha.
Serius aku cakap sedikit sebanyak down la jugak sebab pelajar lain aku tengok cepat jugaklah dorang tangkap sedangkan aku asyik suruh ulang lagi.
Tapi macam biasa, benda yang dah dijadikan kebiasaan, setiap kali malam sebelum tidur, aku akan recover semangat balik dengan cara aku ingatkan balik setiap apa yang haters pernah cakap dekat aku. Dari zaman sekolah hingga sekarang. Mentang2 badan aku nampak kecik macam budak sekolah dan tak nampak sifat kedewasaan aku. Sehingga kan aku banyak jadi mangsa buli ( mak ayah langsung tak tahu)
Tapi bila aku tunjuk side matang, dewasa dan serius aku, semua orang lari.
Kenapa nak lari sedangkan aku pun dah dewasa, umur pun dah nak hampir ke 30-an.
Orang selalu kata tunjuklah diri aku yang sebenar tapi bila aku tunjuk, majoriti tak boleh terima. Manusia ni complicated kan.
Orang selalu kata tunjuklah diri aku yang sebenar tapi bila aku tunjuk, majoriti tak boleh terima. Manusia ni complicated kan.
Dan inilah salah satu sebab kenapa aku masih nak menuntut ilmu, sebab nak aku dilihat seperti seorang dewasa kerana ilmu dan pengalaman bukan kerana ketinggian dan size badan aku. Aku lawan triggered aku, dan cabar diri aku, untuk jadi lebih baik dari haters.
Saja aku cerita dari pengalaman sepanjang aku hidup. Aku cuma ceritakan tentang diri aku. Nama pun diari Nana. Hahahahaa
(Dalam setiap lawak, ada terselit kisah sedih)
(Dalam setiap lawak, ada terselit kisah sedih)
0 komen:
Post a Comment