Tekanan


Kalau dibuka topik tentang tekanan, kemungkinan majoriti antara kita akan memandang tekanan ni ialah sesuatu yang negatif, kan? Tapi agak2 kita akan improve ke hadapan atau maju diri kalau tiada sebarang tekanan dalam hidup?

Kita mungkin takkan bergerak selangkah ke hadapan. Atau kekal berada di tankuk yang lama. Kira berada dalam comfort zone.

Tapi dengan adanya sedikit tekanan, kita akan mula nampak sedikit demi sedikit tahap kemampuan diri yang selama ni kita sendiri tak tahu. Dan diri situ juga boleh jadi satu proses nak makin mengenali diri.

Contoh kisah aku dulu tak suka memasak, tak reti memasak malah mula belajar memasak pada umur 21 tahun. Tapi siapa sangka pada umur 23 tahun aku create produk coklat aku sendiri dan aku dapat income yang cukup untuk aku kahwin, dan bayar hutang ptptn. So dari aku anggap aku tak pandai memasak, rupanya aku boleh memasak, baking, dan buat coklat untuk dijual. Di situ namanya kemahiran tersembunyi. Tekanan yang aku dapat ialah gagal banyak kali dalam menghasilkan produk coklat yang lebih baik.

Kadang kita suka membataskan dan meletakkan limit mencuba dalam diri kerana takut gagal dan takut pada tekanan. Mengalah sebelum mencuba ialah satu kegagalan yang sia2. Hidup kita terlalu singkat untuk fokus pada satu kemahiran. Selagi masih hidup, explore apa yang ada, explore semuanya. Makin banyak kita explore, makin terbuka fikiran minda. Bak kata Nora Danish dalam cerita Puteri, hidup cuma sekali, so kita enjoy! Tp biar enjoy yang memberi manfaat.

Tapi kena ingat jugak, tekanan yang melampau seperti tempat kerja yang toksik, waktu bekerja yang  panjang yang tak masuk dek akal yang waras sangatlah tak elok. Sangat tak elok untuk minda dan psikologi kita.

0 komen:

Post a Comment