Pesanan Orang Industri

Kisah pesanan ni dari 10 tahun yang lalu malah lebih dari tu. Pesanan dari ayah aku sebab ayah aku merupakan salah seorang orang industri lebih dari 10 tahun.

Aku cerita sikit tentang latar belakang ayah aku. Dia merupakan student degree dalam bidang Fine Art di UITM dan pernah berkerja as graphic designer dan tak silap aku dia pernah jadi leader dalam industri percetakan jubin dan pernah menuntut ilmu percetakan sekejap di New Zealand sebab masa tu ilmu yang ayah kena belajar tu, belum ada di Malaysia.So bos ayah suruh dia pergi menuntut ilmu sekejap di negara luar kemudian ajar orang2 bawahannya pula. Kira ayah aku merupakan orang pertama yang membawa masuk ilmu percetakan jubin dari negara luar ke Malaysia.


Antara pesanan yang dia asyik pesan berulang kali supaya tak melakukan kesilapan yang memalukan atau menjatuhkan diri sendiri ialah

1. Nak jadi pelukis, kena tahu lukis semua. Lepas tu pilih nak lebih fokus yang mana satu

2. Sepatutnya orang seni paling senang nak survive sebab dia kreatif.

3. Kreatif bukan setakat dalam melukis tapi kena kreatif untuk selesaikan masalah dan kreatif untuk survive. (ini yang orang muda selalu terlepas pandang)

4. Orang seni kena keluar untuk tengok sekeliling. Bukan duduk terkurung atau sekadar layan media sosial Takkan cukup ilmu. Semua pelukis industri yang berjaya di Malaysia, semua keluar dari kepompong. Berguru face to face. Bila terkurung, minda kita akan tertutup. Sebab tu bila ada ilmu baru masuk, kita tak boleh terima sebab minda tertutup.

5. Orang seni kena alert. Sebab tu dalam karya orang seni semua ada mesej yang nak disampaikan. Bukan syok sendiri atau nakkan pujian semata. Kadang lukisan tu nampak mahal kerana mesej yang disampaikan bukan sebab cantik semata.

5. Orang seni berkata melalui karya bukan dengan kata2.

6. Kalau lukis dari hati, hasil lukisan tu mesti lah yang paling terbaik. Kita takkan buat cincai atau separuh siap

7. Simpan semua karya dan sketches sebagai portfolio. Tu bukti improvement kita.

8. Boleh kutip ilmu dari pelukis lain tp jangan bandingkan. Kutip ilmu untuk diserapkan dalam karya kita.

9 Peralatan digital cuma memudahkan kerja bukan buat karya kita jadi lebih hebat. Yang buat karya kita nampak hebat sebab skill basic seni yang kita dah kuasai.

10. Jangan biasakan buat kerja separuh jalan. Lukis sampai siap. Sebab tu mencerminkan kepribadian pelukis tu sendiri.

11. Orang kalau hebat seni, campak mana pun dia boleh survive even cuma pakai sebatang pensil (ini boleh rujuk pada kisah kebangkitan semula kartunis Ujang)

12. Jangan jadi overconfident sebab tu boleh menjadi pembunuh dalam kerjaya artis tu sendiri. Overconfident yang dimaksudkan ini ialah menolak semua teguran dan pandangan dari orang industri sendiri. Yang diterima cuma pujian. Itu merbahaya untuk diri sendiri bukan orang lain. Lebih baik dikutuk oleh orang industri daripada dikutuk client. Client nak kutuk dia boleh main saman dan bawa kes ke mahkamah terus. So be carefull. Client licik, kita pun kena licik. Jangan ingat client yang tempah tu bodoh2, silap hari bulan depa lagi pandai dari kita.

Dan ada lagi satu pesanan aku dapat dari orang industri

13. Seni saling berkait rapat dengan emosi. So kena kawal emosi, dan hati ketika menghasilkan karya.

Dulu depa  pesan ke aku, sekarang aku pula berkongsi pesanan pada newbie2 yang baru nak menceburi bidang ni. Harap bergunalah. Aku pun masih dalam tempoh menuntut ilmu lagi walaupun dah bertahun tamat pengajian.. :)

0 komen:

Post a Comment