Pengikut Pengaruh Ilmu

Dulu punya dulu, aku tak pernah kisah pn pasal bab pengaruh tp bila da meningkat dewasa ni baru aku nampak peranan pengaruh ni


Serius menjadi seorang berpengaruh ni sangat memainkan peranan yang besar. Lagi2 berkaitan tentang soal kehidupan harian.
Aku pernah nasihatkan seseorang, tapi nasihat tu ditepis tapi bila gurunya yang menasihati point yang sama, baru nak ikut. So dari situ baru aku nampaklah sikap manusia  akan mengikut pengaruh orang yang kuat. Dia tak salah tapi aku yang salah. Siapa suruh tak jadi orang berpengaruh hahahaha. Ataupn mungkin masa aku tengah nasihat tu Allah tak bukakan lagi hati dia untuk terima nasihat. Maybe wrong timing la agaknya

Kau tak ada pengaruh? Kau pong pang lah banyak mana pun, orang buat pekak, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Tapi seeloknya nak berguru biarlah dengan orang ramai. Pilih guru yg betul walaupun ramai. Bukan kerana dia orang berpengaruh sebab kita jangan didik diri untuk jadi seorang yang taksub.

Orang yang taksub ni minda dia tak terbuka, dan cuma berpaksi pada satu iaitu guru yang seorang.  Bukan Al-Quran dan Islam

Guru tugasnya cuma menyampaikan. Guru tak pernah salah jika masih berlandaskan Islam. Yang salah ialah ketaksuban anak murid yang melebihi gurunya.

Jom tengok video di bawah ni, untuk pastikan kita berfikir diluar kotak ataupn di dalam kotak.

0 komen:

Post a Comment