Japanese Drama Koi Wa Tsuzuku Yo Doko Made Mo @ Love Life Forever

     Aku ni bukanlah jenis kaki drama dan aku rasa da 10 tahun aku tinggalkan dunia drama lagi2 drama Jepun. Almaklumlah sibuk sebagai student kolej dan degree.  Tapi baru2 ni aku ada terjumpa klip video koleksi scene dalam satu drama jepun yang baru lah bagi aku. Tengok macam best je so aku tanya kekawan aku dan kawan aku tu pun bagi link drama tu. Fuh 3 hari aku tak melukis hanya sebab layan drama ni je. Buat aku leka habis.

     So berdasarkan drama ni serius aku suka gila dengan pelakon watak utamanya Takeru Satoh. First time jugak aku tengok dia berlakon (orang lain memang da tau lama dia pelakon, aku je ketinggalan, Memang boleh buat aku jadi sasau sat dan ini aku tak suka hahahaa

So alang2 cerita ni baru je aku tengok sampai habis, so aku lukis gambar pasangan ni


Aku amik masa dari tengah hari hingga ke petang untuk siapkan lukisan ni dan waktu malam baru buat kerja pengeditan video speed drawing

Medium yang aku guna pun biasa2 je iaitu sakura pigma brush pen, yokern marker, kurecolor marker dan faber castell. Alang2 dah siap update video di youtube, nah aku belanja korang speed drawing ni 😉 

Category: 0 komen

0 komen:

Post a Comment