Drama Sinistron : Perutusan Khas PM-8


Da masuk minggu ke-3 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) maka dalam masa 3 minggu ni bermacamlah gelagat umat-umat manusia yang terpaksa berkurung dalam rumah

Dari benda yang tak pernah buat sebelum ni, waktu macam ni semua mahu try, termasuklah pakai baju kelawar milik isteri atau ibu. Hahaha baru kau tau nikmatnya pakai baju macam tu di rumah.


Tapi nasib baik kami laki bini tak terjebak buat perkara yang tak patut sebab kami berdua masih sibuk macam selalu.




Semalam waktu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri ke-8 Malaysia berucap, habis beliau sentuh pasal ucapan dia jadi lagu rap, suami yang pakai baju kelawar isteri dan lain-lain.

Gila sporting Perdana Menteri kali ni tapi amik la kome yang mana buat perangai tak senonoh dalam media sosial, Tok Ayah tengah memerhati tu. Hahahahaha

Harap makin lama tempoh PKP ni tak adalah makin sasau manusia2 yang terkurung ni hahahaha

0 komen:

Post a Comment