My Kid Festival & Women's Day di Mydin Seremban 2

Kali ni berkerjasama satu booth dengan orang otai, iaitu Abang Wukong dan dia ialah ketua utk kumpulan PEKOMIK waktu event My Kid Festival & Women's Day di Mydin Seremban 2

Sepatutnya ada lagi seorang pelukis akan join tp last minit dia terpaksa cancel plan sbb ada job luar lain yg kena kami selesaikan. So yeah cuma kami berdua. Tp masa ni aku dihampir ramai jgk dgn org2 hebat lain yg turut bukak booth disitu


ha inilah orangnya bernama Wukong! Tp waktu hari tu dia jadi abam mickey lak! Kehkehkeh


Masa dekat event ni, kiteorg buat dua tempahan, iaitu karikatur dan face painting. Ni kali kedua aku berface painting!
Yini budak susah jgk mau handle. Aku suruh dongak,lagi dia tunduk. Malu2 kucing agaknya. Hahhaaha


Inilah hasilnya dua org budak yg jadi mangsa aku. hahaha

Waktu hari pertama tu memang longlai la kami berdua. Lukis pn da tak mcm rupa karikatur.

Mana taknya, orang tak pernah nak surut. Kalau salah sorg pergi solat, lagi azab, kena siapkan banyak tempahan! Tp alhamdulillah utk rezeki tu.

Masa hari kedua orang da kurang sikit tp masih rasa penat semalam tu. Tp kita berfikir baik dgn Tuhan je la. Mungkin Allah nak badan kita rehat or saling bertaaruf dgn org2 sekeliing yg turut bukak booth di sini


Masa ni nampak sangat dah tak ada kerja otai2 ni. Yg duk lukis tu aku panggil Paksu.  Dia bukak booth jual bear utk collector. Comel2 jugak bear yg dia jual


Dan tadaaaa!!!!! Hasil karya terhebat dari Paksu!! Hahhahahaah!

Habis ilang anak tekak aku melayan lawak otai2 ni


0 komen:

Post a Comment