Hari ini jadual kerja sangat-sangatlah padat. Dari pagi hingga ke petang banyak menunggang motosikal di atas jalan raya bersama suami sebab hendak ambil banyak produk dari beberapa lokasi yang beza jaraknya agak jauh.
Bermula dari Shah Alam ke Kajang dan kemudian ke Seri Kembangan. Ditambah pula cuaca agak panas sejak kebelakangan ini. Boleh dehidrate
Kami agak kejar masa sebab dalam bulan ini ada banyak festival yang kami kena pergi dan juga jemputan melukis di sekolah. Disebabkan itu saya terpaksa menambahkan lagi stok produk.
Ok apa-apa pun, saya hendak tunjuk satu produk baru.
Tadaa! Tote bag dengan design baru!
Cuma kali ini untuk pertama kalinya kita keluarkan produk berwarnakan unggu. Selama ini kita banyak fokuskan pada warna merah jambu. Tapi disebabkan ada permintaan yang banyak, jadi secara perlahan-lahan kita akan pelbagaikan lagi warna-warna produk dari semasa ke semasa.

0 komen:
Post a Comment