Disapa Sewaktu Mendengar Lagu


Baru-baru ni aku baru sahaja habis festival di Taiping, Perak selama 4 hari di sana. Festival itu diadakan waktu siang hari di dalam pusat beli belah, Taiping Sentral Mall. Manakala waktu malam pula, aku dengan pasukan turun ke Uptown Taiping untuk sambung berniaga buku dan karikatur.

Cuma di uptown, aku utamakan kawan- kawan sepasukan untuk berkarikatur dan aku sibuk merayau cuci mata dalam kawasan uptown itu.

Nak dijadikan cerita, aku memang suka dengar lagu pakai fon telinga. Layan lagu-lagu sambil berjalan sorang diri memang sudah jadi aktiviti kesukaan aku. Masa aku merayau dalam uptown seorang diri sambil layan lagu "Yang Sedang Sedang Saja" dekat earphone telinga, tiba-tiba datang seorang lelaki tegur 

Lelaki : Awak, awak okey ke?

Aku : Saya? Saya okey sahaja, kenapa?

Lelaki : Oh, ingat ada masalah sebab muka terlalu serius. Awak yang melukis karikatur dekat Taiping Sentral Mall ya?

Aku : ya saya.

Lelaki : Malam ini awak tidak melukis karikatur di sini ke?

Aku : Malam ini saya bagi kawan-kawan saya pula yang cari duit.

Kadang- kadang, aku terfikir muka aku ini kelihatan seperti muka orang yang ada masalah ke? Padahal aku sedang dengar lagu dangdut.

Kalau mahu tahu apakah lagu itu, boleh dengar lagunya di bawah ini.

 

Category: 0 komen

0 komen:

Post a Comment