Cat Lover

 




Aku ni kan, kalau tak ada orang yang nak ditegur, dengan kucing pun boleh jadi mangsa tegur dan gomol aku. Tak kisahlah tu kucing orang atau kucing yang orang tak bela.Bagi aku semua kucing ni comel. Memanglah orang duk kata ambil ajalah bela, buat tambah kawan si Manja dan Muezza, konon2 akan bertambah rezeki. Aku faham tentang maksud rezeki tu tapi kena ingat rezeki tu bukan terletak pada duit untuk perbelanjaan kucing semata.

Kau rasa mental kucing akan ok tanpa stress ke kalau dah cukup makan dan minum tapi tak dapat perhatian tuan dia sangat? Konfirm akan stress. Sebab Manja dengan Muezza pun boleh tetiba merajuk kalau kami laki bini terlalu sibuk sampai lupa nak spent time dengan bebudak bulus tu. Kami ni jenis bekerja selalunya lebih dari 12 jam sehari. 

Nak spent time tu bukan setakat ajak main, kekadang dorang nak kita sekali teman atau suap makan ataupun bawak depa keluar berjalan. Atau kalau tak dapat bawa keluar berjalan, kena teman lepak depan luar rumah. 

Ni baru dua ekor. Kalau tambah lagi, macam mana nak angkut semua turun dari tingkat 5. Rumah pula tiada lif. Berat anak2 bulus tu pun kalau dicampur pun dah hampir sangat 10 kg jadi cukup sajalah bela dua ekor.

Kucing luar tu kita sayangkan juga dan selalu sediakan stok makanan kalau depa datang depan rumah untuk minta makan. Janji depa dapat makan sedap dan kenyang pun dah happy sangat sebab di luar sana belum tentu hari2 depa dapat makan sedap kan?

Category: 0 komen

0 komen:

Post a Comment