Pelajar Sado


Masa hari pertama semua pelajar kena datang ke GIATMARA selepas sebulan belajar secara online, kiteorang kena join orientasi. Ikut keadaan asal sebelum pandemik, tempoh orientasi akan dibuat selama seminggu sebab depa akan buat bermacam aktiviti.

Dari tempoh seminggu ni, pihak GIATMARA akan buat aktiviti untuk buat semua pelajar dari 3 bidang (di cawangan Kota Raja) lebih mengenali antara satu sama lain. Di GIATMARA Kota Raja cuma ada 3 kursus saja iaitu Graphic Design, Multimedia Animasi 3D dan jugak Video.

Tapi sekarang disebabkan musim pandemik tak habis dan Covid pun tak hilang lagi, jadi orientasi disingkatkan dalam masa sehari. Itu pun cum dalam 2 jam tak silap aku. Untuk sesi pertama, setiap seorang pelajar kena ke hadapan untuk memperkenalkan diri. Kita semua kena dengar sebab nanti cikgu akan tanya semula. Kira ujian untuk mengingatlah.

Nak dijadikan cerita, dalam ramai2 pelajar yang ada, ada seorang ni memang gaya tak macam pelajar langsung! Bayangkanlah badannya sado, tinggi, ada rupa dan nampak macam orang have-have.

Sesiapa yang single tu bolehlah try! Sebab tengok gaya dia macam orang single. Hahahahahaha

 

0 komen:

Post a Comment