Portfolio 2020

 Alhamdulillah, kita masuk ke tahun baru iaitu tahun 2021. Ikutkan pada tahun 2020 adalah tahun yang struggle untuk dihadapi oleh semua orang terutama bagi yang berkerja sendiri, bos2 syarikat mahupun pekerja yang dibuang kerja diwaktu zama pandemik ini.

Untuk aku, memang agak struggle jugaklah sebagai seorang fulltime freelance artist. Sepatutnya pada tahun 2020 adalah tahun yang aku patut sibuk dengan aktiviti event2 mahupun mengajar secara bulanan di pusat pengajian GIATMARA. Ikut hati memang aku hampir nak negatif dan down, maklumlah duit tak masuk, event tak ada tapi aku masih cuba pujuk hati berfikir baik dengan Allah.

Jadi sepanjang masa berkurung aku ambil peluang untuk asah skill potret, buat komik, buat watak kartun sendiri dan yang paling best bagi aku, pada waktu pandemik ini aku jumpa stroke kartun sendiri! Good job for myself!

Walaupun tahun ni aku capai banyak juga achievement dan orang duk "wooowww" (ada ke? hahahaa) tapi percayalah banyak kali jugaklah aku trigger, aku down, aku burn out dan aku rasa banyak kali juga aku meleleh air mata. Cuma kali ni aku belajar untuk kawal emosi sendiri. Nak jadi seorang leader dan seorang bos, kena pandai kawal emosi kan, baru boleh kawal orang lain @ pekerja bawahan.😘

Ni aku gabungkan semua hasil karya tahun 2020 dalam satu video. Jemput tengok. Jadikan inspirasi tak apa. Jangan dengki atau iri. kehkehkeh


0 komen:

Post a Comment