Workshop Asas Melukis Kartun

Bertarikhkan 25/7/2020, aku dengan suami aku kena handle dan berkongsi ilmu dalam workshop di Giatmara Kota Raja. Projek kali ni seperti biasa under KomikBiz.



Jemputan perserta agak terbatas lagi2 tengah musim covid. Jadi jumlah perserta hanyalah seramai 11 orang. Tapi tu pun dah syukur, atleast kami boleh fokus. Bermula dari pukul 9 pagi hingga 4 petang. Sepanjang sesi workshop ni, antara topik yang dikongsikan ialah definisi kartun, cara melukis original kartun, teknik meniru dalam lukisan, teknik menekap, teknik mengingati, teknik warna, jenis strok, melakar figura dan mengaplikasi stroke dalam lukisan




Perserta diberi tugas dan melukis mengikut arahan yang diberikan.


Perserta yang paling muda yang berusia 9 tahun. Perlu special guide from us 😚


Masa ni turn aku untuk gantikan tempat suami sekejap. Topik aku ajar ialah teknik meniru dan menekap. 


Topik ni suami ajar cara melukis mengunakan muka sendiri sebagai sumber inspirasi. 


Macam biasa, special guide. hehehee. 

Dan special ilmu yang sempat aku share kan, ialah cara ubah lukisan manga ke style kartun Malaysia cuma sayang tak sempat nak ambil gambar hasil lukis budak2 ni.


Dan ni suami bagi contoh melukis muka sendiri menjadikan stroke kartun sendiri. Ada macam profesor tak? hahaha. Apa-apa pun selesai satu projek ni, Insyaallah akan datang bakal menyusul projek workshop yang lain. Mana-mana yang ketinggalan untuk sertai workshop ni, insyaallah kami akan contact kalian nanti untuk inform lagi awal next our workshop 💓


Sesi bergambar bersama sijil masing-masing. Alhamdulillah Allah mudahkan semua urusan dari pagi hingga ke petang :) Yang Paling Penting Sijil yang pelajar-pelajar akan dapat  adalah di iktiraf dan mengkut standard kualiti ISO Industri Tau! Di mana sijil ini sangat bernilai tinggi. Aku boleh bagi gambaran bertapa nilainya tinggi. Jika orang yang ingin buat bisnes makanan. Korang mesti kena masuk satu kursus pengendalian makanan sebelum buka kedai. Bermakna sijil kami ini ialah mengiktirafkan anda telah mencapai skema tahap industri sebenar.


*Bagi yang telah masuk program kami, pelajaran anda tidak akan habis setakat tu sahaja, perserta yang telah tamat kelas dengan kami, anda akan diberi bimbingan seterusnya masuk ke dalam group facebook Komik Biz Mentor. Hanya khas untuk pelajar-pelajar kami sahaja yang komited untuk berubah menjadikan hasil karya anda sebagai kerjaya.

0 komen:

Post a Comment