Bagaimana mereka berdakwah? Mereka berdakwah secara spontan iaitu menggunakan cara yang lebih dekat dengan jiwa rakyat. Takat ni aku cuma tau kartunis ni ada dua genre iaitu POLITIK atau MASYARAKAT. Tapi majoriti kartunis Malaysia lebih menekankan kehidupan masyarakat.
Dah alang2 banyak guna genre kemasyarakatan, memang disetiap komik yang dibuat berunsurkan nasihat cuma yg berbezanya kartunis ni sambil2 dia tembak spontan kat orang, dia tembak dirinya dulu dengan nasihat dari komik yang dia buat. Mana yang bukan jiwa kartunis, memang depa akan melenting or panas hati baca sesetengah hasil karya komik dari kartunis.
Berbeza pula dengan pelukis manga yang majoritinya diminati oleh golongan muda. Golongan pelukis manga, depa banyak menciptakan imaginasi dan fantasi (Ala lebih kurang macam drama tv 3 pukul 7 tu). 22 tahun dunia aku dengan anime, yang banyaknya lebih pada imaginasi bukan kenyataan. Tapi bila aku mula masuk dalam industri kartun Malaysia tahun lepas dan mula jumpa face to face untuk saling share ilmu dan pengalaman, memang depa akan selitkan tentang agama cuma ia secara spontan. Rasa macam aku kerdil sangat. Ilmu seni suam2 kuku apatah lagi ilmu berkaitan agama.
Aku pernah berkarikatur dengan pelukis komik international, Abg Rani Ahmad yang lebih dikenali sebagai Wukong. Satu kata dia " Buat jalan cerita komik mengikut berita terkini, tu cuma sementara. Tapi kalau ia melibatkan in real life, apa yang terjadi sepanjang hidup, ia lagi bermakna dan sampai ke jiwa ".
Bukanlah aku nak kata pelukis manga ni teruk. Tidak sama sekali. Pelukis manga ada peranan dia tersendiri yang dimana golongan pelukis manga lebih arif dalam selok belok dalam industri manga dan mungkin cara dakwah depa sendiri pun berbeza. Lain orang lain cara. 😊
Kita masuk pula ke pelukis jalanan. Tahun lepas aku pernah redah hujan waktu malam, pergi ke Bukit Bintang hanya nak berjumpa dengan seorang pelukis potret yang aku kagum gila dengan hasil karya dia, iaitu Abang Amir. Pelukis jalanan paling spontan sebab mereka akan berdakwah secara spontan dengan customer. Dan majoriti customer pelukis jalanan ialah dari luar negara. Bukan calang2, walaupun pakaian depa nampak biasa2.
Kadang2 dakwah tak terletak pada ayat Islamik ataupun watak yang Islamik. Kita tak boleh nak kata orang lukis komik ataupun pelukis potret tak berdakwah. Ada orang dakwah secara terangan dan ada orang dakwah secara senyap2.
0 komen:
Post a Comment