Buruk Sangka


Sepanjang 27 tahun aku hidup, ada salah satu perkara yang aku belajar yang nak dikongsikan.

Dalam masa darah muda atau tengah rasa bahagia, kita memang selalu akan leka. Kita akn tempis segala nasihat, segala pesanan. Alasan yang kita selalu gunakan ialah Orang Dengki

Persoalan sejauh mana kita nak labelkan orang tu dengki hanya sebab satu nasihat sedangkan hati dia pun kita tak dapat baca kan? Dan yang selalu mengiyakan apa yang kita buat even ia salah belum tentu ia bebetul ikhlas dengan kita. Sedangkan Firaun yang melakukan banyak kesilapan tu sendiri ada ramai pengikut berbanding Nabi Nuh.

Bukanlah aku nak kata orang yang berburuk sangka pada pemberi nasihat ni sebagai firaun. Tapi ia umpama perumpamaan. Dan aku mengaku dulu aku pun ibarat Firaun. Kerana walaupun ramai yang sokong apa yang aku buat even ia salah dan aku tempis nasihat2 dari orang tertentu.

Sekarang aku pegang, hati yang mati ialah hati yang menolak nasihat. Dan aku tak nak hati aku berterusan mati.

0 komen:

Post a Comment