Evolusi Diri

Korg tau apa tu evolusi? Kalau kita search di wikipidea ia bermaksud perubahan atau perkembangan yang beransur-ansur atau sedikit demi sedikit.Setiap orang pasti akan alami tempoh perubahan yang berperingkat. Contoh bayi sendiri, bayi sendiri pun akan ada perkembangan usaha untuk meniarap atau bertatih. Cuma tempoh masa setiap anak je berbeza. Lewat tak semestinya gagal. Cepat tak bermakna juara.



Untuk kisah aku, aku sendiri pernah alami kejatuhan mental dan fizikal yang pertama dan teruk bagi aku pada tahun 2017. Pada tahun ni lah nikmat sihat aku mula Allah tarik dan Allah gantikan dengan nikmat sakit disebabkan overwork (always tidur office) dan konfiden aku totally out. So aku berhenti mengejut 24 hr, lost tak ada arah tuju. Tak tau nak jadi apa. Jauhkan diri dari kekawan art secara live. Mula undur diri tak nak jadikan art sebagai sumber pendapatan dan kerjaya. Dengan dihimpit hutang sebanyak RM60k

Waktu nilah otak aku always terngiang-ngiang dgn gelaran 'rubbish' yang aku dapat semasa kerja kat tempat kerja sebelum ni. Sampai la waktu aku kerja di Mcd selama 4 bulan pd 25 dis 2017. Manager panggil aku untuk handle kaunter tp aku bole menangis dan shaking bila berdepan dgn ramai org. Sebab aku rasa dorg semua akan hentam dan bash aku walhal tak ada apa pn. Cuma illusi.

Aku mula beransur elok selepas kahwin awal tahun 2019. Tu pn bukan secara  mendadak. Semua berperingkat. Mula dari aku mula masuk dalam industri karikatur dan kartunis waktu bulan 8. Aku dipaksa masuk dalam industri ni tanpa sebarang persediaan. Dan kena berkarikatur dgn suami di hadapan khalayak ramai. Orang mula tanya apa tips untuk kembali bangkit. Dan ini tipsnya

  1. Jangan alone. Sebab masa ni kita takkan ada kekuatan untuk hadap org ramai. Dan kita perlukan 'tongkat'  So biar otai atau senior ada sekali untuk bantu handle. Dan perati cara dorg. Hadam memori tu dan praktikkan bila tiba masanya.
  2. Anggap orang sekeliling tak wujud dan fokus pd subjek lukis depan mata. 
  3. Kata-kata negatif yg bermain dlm minda atau overthinking about yourself tu cuma hanyalah ILLUSI. Bukan realiti. Kalau yang negatif tu realiti, kamu takkan survive sampai sekarang.
  4. Berbalik pada Allah. Mintak petunjuk kat Allah. Minta ditunjukkan jalan. Dibangkitkn semangat dan dipermudahkan urusan.
  5. Buat satu persatu. Betul atau salah belakang cerita. Dalam game kalau kalah pn bole continue main. Apatah lg kalau in real life, right? Nikmati. Layankan je. 😊


2015 first time aku handle bengkel seorang diri dan student hampir seramai 60 orang. Masa ni aku nervous teruk sebab sepanjang aku jd student u, aku sgt sgt takut dgn presentation. Setiap kali presentation aku cuma mampu menyengih, menyotong, menyorok dan merapu-rapu.

Untuk tahun 2019 punya bengkel alhamdulillah makin stabil mental dan emosi.

Cuma satu pesanan aku untuk mereka yang tengah down atau tak yakin pada kelebihan diri 
"When we give ourselves permission to fail, we at the same time, give ourselves permission to excel. Difficulties in your life don't come to destroy you, but to help you realize your hidden potential"

Category: 0 komen

0 komen:

Post a Comment