Rakyat Malaysia Tak Hargai Seni?

Sebelum merasa pasang tapak dekat dalam mall, aku rasa ada ke orang nak beli lukisan karikatur, kartun , potret dan lain-lain karya yang aku hasilkan. Aku ambil masa beberapa bulan dari Ogos 2019 hingga januari 2020 memberanikan diri menguji adakah karya lukisan aku masih ada sambutan oleh orang Malaysia. Ya, orang Malaysia masih ada yang cintakan seni tetapi ada tiga kategori.

Kategori 1 : Suka karya kita dan minat dengan apa yang kita lakukan. Apa yang kita buat dia akan follow dan beli. Lukisan tak nampak muka dia tak mengapa, asalkan dia nampak comel dengan kartun yang telah dilukis khas untuknya walaupun muka kartun tu artis lukis semua kat pelanggan sama. Janji pakaian sama macam dia pakai, it's okay. Jenis ini kita akan bertemu dalam online.

Kategori 2 : Suka tempah untuk melunaskan hajat di hatinya, suka dilukis dirinya dan berkeinginan untuk di lukis dirinya. Tidak kira siapapun lukis, dia tau lukisan tu mesti jadi muka dia. Kalau tak jadi ada dua pilihan dia reject karya itu suruh lukis lain kata tak jadi, atau dia batalkan tempahan on the spot. Pelanggan jenis ni banyak jumpa masa pasang tapak. Diorang suka hadiahkan anak-anak atau sesiapa yang tercinta dan di abadikan dalam bentuk lukisan.

Kategori 3 : Saporter tegar, dia cuma ambil tempahan daripada artist yang dia minat. Kebanyakan mereka ini kolektor imej. Hobi diorang suka kumpul pelbagai lukisan dari artis. Jenis ni rare susah jumpa. Jenis ni, dia tak kira lukisan cantik atau tak. Dia nampak semua lukisan kita bernilai. Ada yang kumpul semua artis lalu diorang buat buku diorang sendiri dan buat jual. Tempat favourite diorang ialah pesta-pesta buku, seni dan di mana ada artis di situ mereka ada.

Kini, aku rindu nak pasang tapak, mindset aku berubah selepas aku alami sendiri melukis secara langsung setiap hujung minggu Sabtu dan Ahad di Mall. Bila kita pasang niat nak pasang tapak kita perlu bergerak dalam pasukan. Harus duduk dalam komuniti rakan-rakan artis yang mengetuai event. Membuka tapak di Mall bukan perkara mudah, kita kena ada kertas kerja dan harus beri big why kenapa kita layak untuk berada di sana.

Dari sinilah aku belajar nak berkomunikasi dengan pelanggan dari pelbagai bangsa dan negara iaitu Melayu, India, Nigeria, Arab, Australia, Singapore, dan Chinese. Aku tidak percaya bahawa masih tiada orang yang tidak hargai seni di Malaysia. Masih ada jika kita tahu jalan dan fokus kita untuk cari makan di negara kita. Lubuk di sini lagi besar daripada kita fokus luar negara. Di sini kita akan bertemu dengan target pelanggan yang berkualiti yang sanggup membeli karya kita.

Berbeza artis yang mendapat ilmu dari pembacaan atau online (secara Maya) tetapi tidak alami sendiri situasi berjual beli secara langsung, berbanding dengan artis yang sudah berpengalaman menjual karya di tapak. Sebab itu tidak semua ilmu cukup dgn membaca. Ramai artis baharu selalu kata orang Malaysia tidak hargai seni. Tapi dari sebelah aku, lain yang aku rasa. Orang Malaysia ramai yang support. Cuma yang membeli hasil karya kita bukan dari kelompok rakan-rakan artis kita yang lain. Memang kita ramai folower di dalam alam maya (online) tetapi dengan kelompok apa yang kita berada itu adakah kelompok itu cuma minat dan tidak membeli? Atau kelompok peminat yang suka untuk memiliki karya dan memiliki karya?

Kesimpulannya, mahu maju dalam bidang kita minat, perlu bergerak bersama komuniti seni itu sendiri yang menganjurkan program. Nak menjana pendapatan pun, perlu dekat dengan orang awam (pelanggan). Barulah kita akan dapat pelanggan yang berkualiti lalu membuang perspektif bahawa orang Malaysia tiada yang menghargai seni. Jumpa lagi di posting seterusnya.

Di penhujung cerita, aku akan kongsikan beberapa keping gambar kenangan dan pengalaman.



Masa ni first time berkarya di booth setelah down selama hampir 2 tahun. Perasaan gemuruh, nak pitam bagai semua ada lagi2 ada banyak mata2 memerhati, hahaha


Sambil siapkan tempahan, kita layan adik ni bercerita 😉


Bergambar dengan suami dengan berlatar belakang lukisan kami berdua~ Laki aku pun merupakan orang industri. Orang industri lebih kenali dia sebagai kartunis Ki To 😁


Bersama karikaturis Aina dan Pauh. Niat asal nak lawat booth dorang di Tesco Cheras. Tapi sebab ada ramai kawan dan dorang tak cukup tangan, jadi aku terpaksa turun bantu 😅

Dari booth sinilah berjaya pecahkan ketakutan aku untuk berhadapan dengan ramai orang. Ketakutan dilawan dengan ketakutan, alhamdulillah, I'm already normal dan lebih berkeyakinan!😁






0 komen:

Post a Comment